Pelakon Tapau Watak Dalam Filem Marvel + DC

Sembang

Sekarang ini ramai artis berebut-rebut nak berlakon dalam superhero movie. Tak kiralah superhero movie itu diadaptasi daripada Marvel ataupun DC, Siapa saja yang dapat berlakon under dua nama besar ini pasti akan jadi terkenal!

Tapi ramai yang tak tahu, Ada beberapa pelakon yang pernah dan sedang berlakon didalam movie yang diadaptasi daripada Marvel dan DC comic! Tak kiralah sama ada berlakon jadi superhero ataupun supervillain, hari ini aku akan share beberapa pelakon yang pernah berlakon dalam movie diadapatasi daripada Marvel dan juga DC.

BEN AFFLECK

Ben Affleck merupakan pelakon yang terkini memegang watak sebagai Batman dan Bruce Wayne didalam movie Batman V Superman: Dawn of Justice. Dengan membawa watak Batman yang lebih ganas daripada BatmanBatman sebelumnya, memang agak kecewa juga bila dia mengumumkan yang filem Justice League merupakan filem terakhir dia membawakan watak Batman.

Tapi tahukah korang yang Ben Affleck juga pernah membawa watak superhero dalam movie yang diadaptasi daripada Marvel? Ben Affleck pernah membawa watak Matt Murdock seorang peguam yang buta pada siang hari, dan sebagai superhero Daredevil bila malam menjelma! Movie yang dikeluarkan pada tahun 2003 ini menerima kritikan negative yang agak hebat daripada peminat. Mungkin sebab tu dia lari daripada Marvel dan join DC kot huhu.

RYAN REYNOLDS

Mungkin ramai yang tak tahu yang pertama sekali Ryan Reynolds berlakon dalam movie yang diadaptasi daripada komik adalah untuk movie Blade Trinity, sebuah movie daripada Marvel. Didalam movie ini dia membawa watak Hannibal King, salah seorang ahli dalam team pemburu vampire!

Selepas itu dia turut membintangi movie X-Men Origins: Wolverine yang mana dia membawa watak Wade Wilson aka Deadpool versi hampeh! Disebabkan menerima kritikan yang teruk dalam versi Deadpool ini, Ryan mencuba nasib pula untuk membawa watak utama dalam movie Green Lantern untuk DC. Namun movie ini mendapat kritikan yang lebih teruk daripada dua movie yang pernah dia bintangi.

Selepas itu, Ryan terus focus untuk membawa watak Deadpool ke layar perak sebagai movie solo dan pada akhirnya pada tahun 2016, impian dia menjadi kenyataaan dimana dia akhirnya membawa watak utama sebagai Deadpool dan movie ini menerima pujian yang tinggi dari semua orang. Inilah yang orang kata kalau ada rezeki pasti tak kemana haha!

WILL SMITH

Semua orang tahu yang Will Smith telah membawa watak sebagai Deadshot didalam movie Suicide Squad yang dikeluarkan pada tahun 2016. Movie yang diadaptasi daripada komik DC ini mendapat kritikan yang agak teruk juga disebabkan jalan cerita dia tapi boleh dikatakan watak Deadshot yang dibawa oleh Will Smith yang banyak menyelamatkan movie ini daripada terus hancur.

Tapi tahukah korang yang Will Smith juga pernah membintangi sebuah movie yang ramai orang tak tahu adalah sebuah movie yang diadaptasi dari komik yang dimiliki oleh Marvel? Movie yang aku cakapkan ini adalah movie Men in Black! Ye Men in Black pada asalnya adalah sebuah komik yang dikeluarkan oleh Aicel Comics yang kemudiannya dibeli oleh Malibu Comics namun akhirnya dibeli oleh Marvel Comics!

So disebabkan ini, Men in Black juga boleh dikira sebagai harta Marvel dan Will Smith telah berlakon didalam movie Men in Black sejak daripada first movie lagi yang dikeluarkan pada tahun 1997. Harap lepas ini Will Smith akan officialy bawa watak untuk Marvel Cinematic Universe pula.

HUGO WEAVING

Hugo Weaving telah membawa watak villain seperti Agent Smith didalam movie The Matrix dan juga didalam movie Marvel iaitu sebagai Red Skull didalam movie Captain America: The First Avenger.

Walaupun dia selalu dapat watak villain, korang mesti tak tahu yang dia juga pernah membawa watak sebagai vigilante yang menentang kerajaan yang korup? Kalau korang nak tahu, Hugo Weaving merupakan orang yang bertanggungjawab membawa watak V dalam movie V For Vendetta. Lagi satu benda yang korang perlu tahu adalah V for Vendetta diadaptasi daripada graphic novel dibawah DC yang mempunyai tajuk yang sama!

MICHELLE PFEIFFER

Baru-baru ini, Michelle Pfeiffer telah membawa watak Janet Van Dyne, original The Wasp dalam movie Ant-Man and The Wasp. Walaupun watak dia tak banyak scene dalam movie ini tapi boleh dikatakan dia adalah orang tepat untuk memegang watak The Wasp yang original.

Dia juga pernah membawa watak untuk movie DC tapi tak ramai orang yang tahu. Kalau korang memang layan moviemovie Batman yang dulu-dulu, korang mesti tahu yang dia pernah membawa watak Catwoman didalam movie Batman Return. Didalam movie ini juga, pembawakan watak dia sebagai Catwoman memang sangat-sangat mengagumkan dan belum ada sesiapa lagi yang dapat membawa watak Catwoman sehebat Michelle Pfeiffer!

Ini adalah pelakon-pelakon yang aku boleh share setakat ini. Ada ramai lagi sebenarnya tapi kalau tulis semua memang 3 hari 2 malam korang nak baca sampai habis hahaha! 

KATALAKI: Still sedih Ben Affleck dah tak nak jadi Batman 🙁 

Last modified: 8 February 2019