Siapa Sesuai Mainkan Watak Stan Lee?

Sembang

12 Nov 2018, tarikh perginya pencipta superhero, Stan Lee atau nama sebenarnya Stanley Martin Lieber. Dalam artikel sebelum ni ada cerita pasal pemergian Stan Lee kat sini.

Dalam kekecohan pasal filem Bohemian Rhapsody, kisah benar mengenai rock band terkenal, Queen dan Freddie Mercury, kami di Thelaki terfikir kalau suatu hari nanti akan munculnya filem biografi mengenai Stan Lee! Siapa yang layak bawa watak Stan Lee sehebat Rami Malek yang berjaya bawa watak Freddie Mercury? Sebelum Stan Lee meninggal dunia, Stan Lee sempat siapkan buku biografi “The Stan Lee Story” yang akan dipasarkan November nanti.

Sumber : Getty

Korang rasa pelakon mana yang sesuai melakonkan watak Stan Lee nanti? Jangan cepat menilai orang. Scroll dulu sampai bawah dan calon-calonnya ialah.. 

Michael Douglas

Sumber : WireImage

Pelakon yang pernah berlakon dalam filem Ant-Man, Michael Douglas antara pelakon yang agak sesuai untuk bawa watak Stan Lee kalau ada filem biografi Stan Lee nanti. Daripada segi luaran, iras muka dan ketinggian memang nampak seakan-akan sama.

Stan Lee juga pernah hadiahkan lukisan Spiderman dekat Michael Douglas yang dilukis oleh Stan Lee sendiri. Michael Douglas pernah menang Best Actor di American Awards (The Oscars) pada tahun 1988.

Bryan Cranston

Pelakon utama siri tv popular Breaking Bad ni pernah viral di media sosial pada tahun 2016 disebabkan ada peminat kipas susah mati Marvel dan Breaking Bad buatkan poster filem kononnya Bryan Cranston akan berlakon dalam filem biografi Stan Lee.

Masa ditemubual oleh Unilad, Bryan Cranston sendiri mengaku yang dia sangat berminat kalau dapat offer berlakon watak Stan Lee. All hail the king!

Sumber : unilad.co.uk

Leonardo Di Caprio

Leonardo Di Caprio sebelum ni pernah bawa tiga watak kisah benar yang diterjemahkan ke dalam filem dengan baik antaranya Jordan Belfort (The Wolf Of Wall Street), Frank Abagnale Jr (Catch Me If You Can) dan Howard Hughes (The Aviator). Tak pelik la rasanya kalau Leonardo Di Caprio antara calon yang sesuai untuk lakonkan watak Stan Lee suatu hari nanti. Leonardo Di Caprio juga sebenarnya jiran rumah Stan Lee!

Pada tahun 2017, Stan Lee pernah ditemubual oleh comicbook dan mengaku yang Stan Lee dan Leonardo Di Caprio pernah berborak pasal nak buat filem biografi mengenai Stan Lee.

Sumber : comicbook.com 

Wan Hanafi Su

Mana lah tau suatu hari nanti pelakon dari Malaysia yang dipilih untuk bawa watak Stan Lee, Wan Hanafi Su lah yang paling sesuai dan layak. Wan Hanafi Su pernah menang anugerah Pelakon TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa untuk drama Anak Penarik Beca pada tahun 2005.

Korang jangan tak tahu yang Wan Hanafi Su pernah berjalan di red carpet Cannes Film Festival 2016 di Perancis untuk filem Apprentice yang tercalon malam anugerah tu!

Macam mana dengan penilaian Thelaki untuk pelakon yang layak bawa watak Stan Lee? On ke tak on ni? Ke ada nama yang tercicir? Cer comment, pelakon mana lagi yang cukup hebat untuk melakonkan watak lagenda komik dan superhero, Stan Lee.

Last modified: 27 November 2018