Pelakon Yang Kurus Kering Semata² Sebab Berlakon

Sembang

Untuk membolehkan Joaquin Phoenix melakonkan watak Joker dalam filem terbaru arahan Todd Philipps, Joaquin Phoenix terpaksa menurutkan berat badan sebanyak 23 kg. Sebab tu sekarang ni lepas filem Joker mula ditayangkan, ramai yang terkejut bila tengok Joaquin Phoenix keluar di TV, YouTube dan sebagainya dalam keadaan dah berisi. Joaquin Phoenix asalnya bukan lah kurus kering macam watak Arthur Fleck dalam filem Joker tu.

Filem Joker bukannya filem pertama yang pernah memaksa pelakon utama untuk hilangkan berat badan sebenarnya. Sebelum ni ada gak pelakon-pelakon lain yang pernah kurus kering semata-mata untuk berlakon dalam sesebuah filem. Persoalannya, korang pernah tengok tak filem-filem ni?

MATTHEW MCCONAUGHEY

Demi melakonkan watak kisah benar seorang lelaki yang menghidap penyakit AIDS dalam filem Dallas Buyers Club, Matthew McConaughey terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 17 kg pada tahun 2012.

Image Via : independent.co.uk

Hasilnya? Matthew McConaughey berjaya menang anugerah Best Actor menerusi filem Dallas Buyers Club di Academy Awards 2014 dan lebih 10 lagi anugerah untuk filem yang sama di malam anugerah yang lain.

CHRISTIAN BALE

Lebih daripada satu filem yang pernah dilakonkan oleh Christian Bale yang memerlukan dirinya untuk kurus kering. Rasanya, ramai dah tahu dengan kehebatan Christian Bale yang sanggup bermatian-matian mengubah rupa bentuk badan demi melakonkan sesebuah watak di dalam filem.

Image Via : insidehook.com

Dua filem yang kita dapat tengok Christian Bale kurus kering adalah The Fighter yang ditayangkan pada tahun 2010 dan The Machinist yang ditayangkan pada tahun 2004. Untuk berlakon dalam filem The Machinist, berat badan Christian Bale turun mencecah sehingga 54 kg di penghujung pengambaran.

CHRIS HEMSWORTH

Filem pertama Thor yang ditayangkan pada tahun 2011 memerlukan Chris Hemsworth membina badan menjadi sasa sehingga filem Avengers: Age of Ultron dan terpaksa menurunkan badan sebanyak 15 kg untuk berlakon dalam filem In the Heart of the Sea pada tahun 2015.

SHAHEIZY SAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Bukan pelakon antarabangsa je yang sanggup berkorban demi melakonkan sesebuah watak di dalam filem. Shaheizy Sam pun pernah gak turunkan berat badan sebanyak 8 kg untuk berlakon dalam filem Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan pada tahun 2017.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

KATALAKI: Rupa yang menyeramkan bila kurus kering tu satu hal. Tapi proses nak jadi kurus kering tu yang paling mencabar.

Last modified: 4 November 2019