Pelik – Apa Tu Passing Bola Cara Fabrepass?

Aktif, Bola

Korang pernah dengar tak pasal Fabrepass ni? Punca wujudnya perkataan Fabrepass ni ialah berasal daripada cara passing pemain legenda Arsenal, Barcelona dan Chelsea, Cesc Fabregas yang selalu mengelirukan pihak lawan dan kadang-kadang macam tak masuk akal.

Contohnya macam baru-baru ni viral video passing cara yang pelik oleh Fabregas yang sekarang ni tengah beraksi dengan team baru, AS Monaco selepas berpindah dari Chelsea.

Semenjak beraksi secara profesional dalam bidang bola sepak, Fabregas dah pun berjaya melakukan bantuan gol atau assist sebanyak 201 kali dalam 663 perlawanan bersama pasukan Arsenal, Barcelona, Chelsea dan sekarang ni bersama AS Monaco di Perancis.

Setakat ni Fabregas dah berjaya menang 12 piala bersama Arsenal, Barcelona dan Chelsea antaranya juara Premier League, juara La Liga dan 3 piala bersama pasukan kebangsaan Sepanyol, Piala Dunia 2012 dan Euro 2008 dan 2012.

Jom kita throwback balik cara passing menarik yang Fabregas pernah buat masa dekat Arsenal, Barcelona dan Chelsea.

Arsenal

Barcelona

Chelsea

KATALAKI: Fabregas ni salah seorang pemain yang lahir daripada akademi bola sepak paling gempak di dunia, La Masia, Barcelona.

Last modified: 10 May 2019