Pemain Bola Kaki Kumpul Jersi

Aktif, Bola

Kalau korang pernah beli jersi bola, mesti ada perasaan bangga berbakul-bakul bila korang pakai jersi team pilihan korang kan? Nak nak lagi kalau team korang tengah menang masa tu kan kan? 😂 Ye la, bukan senang kita nak keluarkan duit untuk beli jersi dengan anggaran harga RM100-RM300. Ada juga antara kita yang memang hobi kumpul jersi bola tak kisah la team apa pun.

Kalau korang nak tau, ada juga player bola yang hobinya kumpul jersi. Tapi kebanyakannya dorang ni kumpul jersi yang dorang swap lepas habis game.

Ini antara player bola yang gigih kumpul jersi. Scroll bawah bosskur!

Gerard Pique

Sumber Gambar : www.instagram.com/3gerardpique

Pernah bermain di Manchester United F.C dan kini di FC Barcelona, Gerard Pique ada post gambar kat Instagram koleksi jersi pemain yang Gerard Pique pernah lawan sepanjang karier bola sepaknya. Antara jersi yang ada ialah PSG F.C, A.S Roma, Inter Milan dan banyak lagi. Korang boleh tengok gambar kat atas tu.

Ronaldinho

Sumber Gambar : www.instagram.com/ronaldinho

Ronaldinho pun pernah share kat Instagram koleksi jersinya. Tapi kebanyakannya jersi Ronaldinho sendiri. Ronaldinho pernah main untuk 9 pasukan yang berbeza termasuk lah Brazil. So memang patut lah Ronaldinho kumpul jersinya sendiri. Rare kot!

Lionel Messi

Sumber Gambar : www.instagram.com/leomessi

The G.O.A.T pun ada hobi kumpul jersi macam korang. Lionel Messi pernah share di Instagram koleksi jersi yang dikumpulnya pada May 2017. Betapa bangganya player yang terpilih dalam koleksi jersi simpanan the G.O.A.T Lionel Messi. Tapi cer korang cari jersi CR7 kat gambar tu, ada tak?😂

KATALAKI: Korang teringin swap jersi dengan player mana?

Last modified: 24 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *