Pemain Bola Popular Yang Guna Nama “Fake”

Aktif, Bola

Kebanyakan ahli sukan semestinya akan gunakan nama sendiri untuk dikenali ramai. Kalau untuk pemain bola sepak antarabangsa, nama keluarga atau last name akan digunakan untuk diletak kat belakang jersey. Tapi sebenarnya ada juga yang tak guna nama sendiri pun. Lebih dikenali dengan nama samaran atau nama timangan. Kenapa tak guna nama sendiri? Mungkin ada sebab tersendiri oleh pemain tu sendiri.

Korang tahu dan ingat lagi tak player mana yang tak gunakan nama sendiri walaupun dah popular satu dunia? Contohnya macam Ronaldinho. Nama sebenar bukan Ronaldinho pun. Nama sebenar Ronaldinho ialah Ronaldo de Assis Moreira. Mana datang lak Ronaldinho tu? Masa berumur 8 tahun, Ronaldinho dah aktif bermain bola sepak pantai dan futsal dengan orang yang lebih besar daripada dia. Kat Brazil, inho tu bermaksud  kecil. Tu yang melekat Ronaldinho sampai sekarang.

Jom kita tengok player popular mana lagi yang guna nama samaran dalam pentas bola sepak dunia.

Kaka – Ricardo Izecson dos Santos Leite

Wujudnya nama Kaka ni berpunca daripada adik kepada Kaka sendiri, Rodrigo yang tak boleh nak sebut Ricardo masa zaman kanak-kanak. Sebab tak boleh nak sebut Ricardo, Rodrigo terpaksa panggil Caca. Lama-lama bertukar menjadi Kaka.

Pepe – Kepler Laveran de Lima Ferreira

Kalau tersalah sebut nama player ni, silap-silap mak ayah kita boleh tampar mulut kita. Pepe pernah ditanya kenapa nama Pepe yang dipilih untuk digunakan sebagai nama samaran. Katanya sebab kat Brazil, nama sebenar Pepe susah nak disebut oleh coach dan bapanya, tu yang melekat Pepe. Cuba korang sebut nama sebenar Pepe laju-laju.

Chicharito – Javier Hernandez Balcazar

Javier Hernandez gunakan nama samaran Chicharito disebabkan ayahnya, juga seorang pemain bola sepak menggunakan nama Chicharo sebagai nama timangan. Chicharo ni maksudnya kacang pis sebab mata ayahnya berwarna hijau macam kacang pis. Chicharito pula maksudnya kacang pis kecil atau little pea.

KATALAKI: Nama tu tak penting, power ke tak power atas padang tu yang penting.

Last modified: 10 January 2019