Pemain Bola Sepak Paling Banyak Followers Kat Instagram

Aktif, Bola

Dunia yang semakin moden ni, bilangan followers di media sosial merupakan penanda aras untuk menentukan tahap populariti seseorang. Ini termasuk lah pemain-pemain bola sepak popular yang dah semakin ramai mula aktif menggunakan media sosial sebagai salah satu cara untuk mempromosikan diri dan dalam masa yang sama, dapat gak berinteraksi dengan peminat masing-masing di dunia digital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UEFA Champions League (@championsleague) on

Berapa ramai pemain bola sepak yang korang follow kat Instagram? Kenapa korang follow pemain bola sepak tersebut? Sebab nak tengok pemain tersebut berlatih atau nak tengok cara hidup pemain bola sepak tersebut di luar padang? Kali ni kami nak tunjukkan pemain bola sepak ternama yang paling banyak followers di Instagram setakat artikel ni disiarkan pada 12 September 2019.

1. Cristiano Ronaldo  – 182 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Bukan je bergelar pemain bola sepak yang paling popular kat Instagram, tapi Cristiano Ronaldo juga merupakan selebriti paling banyak followers kat Instagram menewaskan selebriti-selebriti popular yang lain antaranya Ariana Grande, Selena Gomez dan The Rock setakat ni. Ini gambar pertama yang dimuat naik oleh Cristiano Ronaldo kat Instagram pada tahun 2012.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

2. Lionel Messi – 130 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Boleh tahan jauh gak beza bilangan followers Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Walaupun rating Lionel Messi dalam FIFA 20 berjaya kalahkan rating Cristiano Ronaldo, tapi Lionel Messi masih lagi belum berjaya mengalahkan populariti Cristiano Ronaldo di dunia digital.

3. Neymar – 125 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 3n310ta 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Neymar merupakan pemain bola sepak yang dikatakan akan menyambung legasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekiranya dua legenda ni bersara nanti. Tahun 2019 ni, Neymar berumur 27 tahun. Buat masa ni, hanya Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar je yang mempunyai followers di Instagram lebih daripada 100 juta.

4. James Rodriguez – 43.1 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by James Rodríguez (@jamesrodriguez10) on

Tak sangka gak James Rodriguez tergolong dalam 5 orang pemain bola sepak paling ramai followers di Instagram. Kalau yang tak tahu apa-apa pasal bola sepak, belum tentu kenal siapa James Rodriguez rasanya. Untuk musim 2019/20, James Rodriguez dah pun kembali beraksi bersama Real Madrid selepas dipinjamkan ke Bayern Munich selama 2 musim.

5. Gareth Bale – 41.4 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gareth Bale (@garethbale11) on

Walaupun ada “beef” dengan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, Gareth Bale masih lagi mempunyai peranan penting untuk pasukan Real Madrid dan Wales sebagai tonggak utama dan masih lagi digemari oleh pengguna media sosial di dunia digital. Posting Gareth Bale kat Instagram mungkin agak boring sebab hanya tunjuk gambar semasa dalam perlawanan dan latihan je.

KATALAKI: Antara 5 orang ni mana satu yang ada dalam senarai following korang? CR7 dan Lionel Messi confirmed ada, betul?

Last modified: 12 September 2019