Pemain Bola Sepak Paling Tua Di Dunia

Aktif, Bola

Kebanyakan pemain bola sepak profesional akan menamatkan karier sebagai pemain apabila umur mula mencecah 35 tahun. Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario bersara ketika berumur 34 tahun. Gabriel Batistuta mengumumkan persaraan apabila umur mencecah 36 tahun. Thierry Henry pula secara rasmi bersara ketika berumur 37 tahun. Antara faktor yang menyebabkan pemain bola sepak profesional bersara sebelum mencecah umur 40 tahun adalah kecergasan, kecederaan dan kesihatan.

Walau bagaimanapun, ada seorang pemain bola sepak profesional yang masih lagi aktif terlibat dalam sukan bola sepak walaupun umur dah mencecah lebih 50 tahun iaitu Kazuyoshi Miura yang kini masih beraksi bersama pasukan Yokohama FC di Jepun.

Pada 12 Januari 2020, kontrak Kazuyoshi Miura bersama Yokohama FC disambung lagi setahun sehingga tahun 2021, musim ke-35 Kazuyoshi Miura terlibat sebagai pemain bola sepak profesional. Kali pertama Kazuyoshi Miura menjejakkan kaki di Yokohama FC adalah pada tahun 2005.

Digelar King Kazu, Kazuyoshi Miura pernah beraksi bersama pasukan ternama di Brazil, Santos FC pada tahun 1986, juga bersama beberapa pasukan Eropah antaranya pasukan Genoa di Itali dan Dinamo Zagreb di Croatia sekitar tahun 1994 sehingga 1999 sebelum kembali ke liga bola sepak Jepun.

Antara pencapaian yang pernah dicipta oleh Kazuyoshi Miura termasuk lah berjaya menang Piala Asia 1992 bersama skuad kebangsaan Jepun, juara liga bola sepak Croatia bersama pasukan Dinamo Zagreb pada tahun 1999 dan juara liga bola sepak Jepun selama 2 tahun berturut-turut pada tahun 1993 dan 1994 bersama pasukan Tokyo Verdy yang dulu dikenali sebagai Verdy Kawasaki.

Buat masa ni, Kazuyoshi Miura masih lagi memegang rekod pemain bola sepak profesional paling tua yang pernah menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak kompetitif, diiktiraf oleh Guinness World Record pada tahun 2017 ketika Kazuyoshi Miura berumur 50 tahun. Pada 26 Februari 2020, King Kuza akan berumur 53 tahun.

KATALAKI: Kalau korang ingat lagi, Shunsuke Nakamura yang pernah beraksi di Celtic dan Espanyol, juga merupakan “kuda tua” yang masih lagi beraksi bersama Yokohama FC sepanjang musim 2019.

Last modified: 15 January 2020