Pemain Bola Sepak Yang Bersara Pada Tahun 2019

Aktif, Bola

Selain daripada kecederaan, bersara merupakan perkara yang paling menakutkan untuk seorang pemain bola sepak. Bergantung kepada perancangan pemain tu sendiri, ada pemain bola sepak yang lebih dikenali selepas bersara sama ada mula terlibat dalam bidang pengurusan bola sepak sehingga dilantik menjadi pengurus, dipilih menjadi duta sesebuah pasukan atau terus tak terlibat langsung dalam dunia bola sepak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ronaldo de Assis Moreira (@ronaldinho) on

Pada tahun 2019, kita dapat tengok ramai gak pemain bola sepak ternama dunia yang buat keputusan untuk bersara disebabkan faktor umur. Walaupun dah bersara, tapi kehebatan dan keistimewaan pemain tersebut semasa zaman kegemilangan, kita masih tak boleh lupa. Ini antara pemain bola sepak ternama yang secara rasmi bersara daripada beraksi sebagai pemain bola sepak pada tahun 2019.

ROBIN VAN PERSIE

Mula menyinar ketika beraksi bersama pasukan Feyenoord di liga bola sepak Belanda sejak tahun 2001, Robin van Persie dibeli oleh Arsenal daripada Feyenoord pada tahun 2004, dilabel sebagai penyambung legasi Thierry Henry yang dah berumur 27 tahun masa tu.

Musim ke-2 bersama Arsenal baru lah Robin van Persie mula tunjuk belang dan berjaya jaringkan 11 gol dalam 38 perlawanan. Sepanjang bersama Arsenal selama 8 musim, Robin van Persie berjaya menang 2 piala iaitu FA Cup dan FA Community Shield sebelum berpindah ke Manchester United pada tahun 2012.

Bersama Manchester United, buat pertama kalinya Robin van Persie merasa untuk pegang piala Premier League dan juga buat kali terakhir. 3 musim bersama Manchester United, seterusnya Robin van Persie berpindah ke Fenerbahce untuk beraksi di liga bola sepak Turki selama 3 tahun sebelum kembali ke pasukan lamanya, Feyenoord pada tahun 2018 dan secara rasmi bersara sebagai pemain bola sepak pada 15 Mei 2019.

FERNANDO TORRES

Penyerang berbisa yang pernah beraksi untuk Atletico Madrid, Liverpool dan Chelsea mengumumkan persaraan pada 23 Ogos 2019 ketika beraksi untuk pasukan Sagan Tosu di Jepun. Sebanyak 5 pasukan yang pernah disertai oleh Fernando Torres sepanjang karier bola sepak, hanya bersama 2 pasukan yang berjaya menang piala iaitu Atletico Madrid dan Chelsea.

 

View this post on Instagram

 

One last battle … @sagantosu_official @visselkobe

A post shared by 𝙵𝙴𝚁𝙽𝙰𝙽𝙳𝙾 𝚃𝙾𝚁𝚁𝙴𝚂 (@fernandotorres) on

Bersama Atletico Madrid, Fernando Torres berjaya menang UEFA Europa League pada tahun 2018 dan 3 piala bersama Chelsea, FA Cup dan UEFA Champions League pada tahun 2012 dan UEFA Europa League pada tahun 2013.

XAVI

Legenda Barcelona, Xavi dah pun bersara sebagai pemain bola sepak pada 20 Mei 2019 ketika beraksi bersama dengan pasukan Al-Sadd di liga bola sepak Qatar. Buat masa ni, Xavi masih lagi bersama dengan Al-Sadd, kali ni bertugas sebagai pengurus.

 

View this post on Instagram

 

Bones sensacions ⚽ __ Buenas sensaciones ⚽️ __ Good feeling ⚽️ #Preseason #Palamos

A post shared by Xavi (@xavi) on

Sejak mula belajar menendang bola pada tahun 1991, hanya 2 pasukan je yang pernah disertai oleh Xavi iaitu Barcelona dan Al-Sadd. Sepanjang bersama dengan Barcelona, Xavi dah pernah 27 piala antaranya piala UEFA Champions League sebanyak 4 kali, La Liga sebanyak 8 kali dan Copa del Rey sebanyak 3 kali.

ARJEN ROBBEN

Pernah beraksi untuk Chelsea dan Real Madrid, Arjen Robben akhirnya mengumumkan persaraan pada 4 Julai 2019 selepas beraksi 10 musim bersama Bayern Munich.

 

View this post on Instagram

 

One of the most amazing careers in world football has come to an end, but legends live forever. @ArjenRobben

A post shared by FC Bayern München (@fcbayern) on

Sepanjang bersama dengan Bayern Munich, Arjen Robben dah pernah menang 21 piala termasuk UEFA Champions League pada tahun 2013, 7 piala bersama Chelsea dan 2 piala bersama Real Madrid.

KATALAKI: Selain daripada dorang, Ashley Cole, Wesley Sneijder, Samuel Eto’o dan Bastian Schweinsteiger pun berasa pada tahun 2019.

Last modified: 2 January 2020