Berita mengenai destinasi terbaru Zlatan Ibrahimovic terjawab selepas A.C Milan mengumumkan secara rasmi kepulangan wira yang pernah menghadiahkan 2 piala kepada A.C Milan pada tahun 2011 dan 2012. Sejak meninggalkan A.C Milan pada tahun 2012, Zlatan Ibrahimovic dah beraksi bersama 3 pasukan yang berbeza antaranya Paris Saint-Germain, Manchester United dan LA Galaxy. Kini, Zlatan Ibrahimovic kembali menyarung jersi merah berbelang hitam bersama A.C Milan di Serie A, Itali.
Zlatan #IZBACK home π π΄β«#SempreMilan pic.twitter.com/3JObnPYuS8
β AC Milan (@acmilan) January 3, 2020
Dalam kemunculan pertama sebagai pemain kesebelasan utama selepas kembali ke A.C Milan, Zlatan Ibrahimovic dah berjaya menjaringkan 1 gol menentang Cagliari di Serie A. Walaupun dah berumur 39 tahun pada tahun 2020 ni, Zlatan Ibrahimovic masih lagi mampu beraksi dan menjaringkan gol bersama pasukan ternama Eropah.
Zlatan is still Zlatan π#IZBACK #CagliariMilan #SempreMilan pic.twitter.com/QXLpylcMa7
β AC Milan (@acmilan) January 11, 2020
Selain daripada Zlatan Ibrahimovic, ada lagi pemain bola sepak yang kembali mencurah bakti kepada pasukan yang banyak membantu pemain tersebut untuk kenal makna bola sepak. Jom kita tengok.
THIERRY HENRY
Dibeli oleh Arsenal pada tahun 1999 selepas terseksa ketika beraksi bersama Juventus di Serie A, Thierry Henry merupakan legenda Arsenal yang pernah berjuang selama 8 tahun untuk menghadiahkan 6 piala kepada Arsenal sebelum berpindah ke Barcelona pada tahun 2007.
π― up!
π #OnThisDay in 2003, The King brought up his Arsenal century
π @ThierryHenry pic.twitter.com/3K9b36ZEaT
β Arsenal (@Arsenal) January 12, 2020
Pada tahun 2012, Thierry Henry kembali ke Arsenal sebagai pemain pinjaman dari New York Red Bulls selama 2 bulan untuk membantu Arsenal yang masa tu kekurangan pemain disebabkan ada beberapa pemain Arsenal yang terlibat dengan kejohanan Africa Cup of Nations pada tahun 2012. 7 penampilan bersama Arsenal untuk kali yang ke-2, Thierry Henry berjaya menjaringkan 3 gol.
π January 9, 2012: The King comes home π
What a moment, courtesy of @thierryhenry π± pic.twitter.com/W6M4mr2z6I
β Arsenal (@Arsenal) January 9, 2018
PAUL POGBA
Bakat Paul Pogba dicungkil dan diasah oleh Manchester United sejak berumur 16 tahun selepas dibeli dari pasukanΒ Le Havre pada tahun 2009. Selama 2 tahun berlatih di akademi bola sepak Manchester United, Paul Pogba merupakan salah seorang pemain muda yang dipilih oleh Sir Alex Ferguson untuk diserapkan ke dalam pasukan senior Manchester United pada tahun 2011.
FLASHBACK: One of the world’s greatest midfielders…and Paul Pogba in action at Highbury in 2011.#codarmy pic.twitter.com/LYaRW8X802
β Fleetwood Town FC (@ftfc) August 9, 2016
Selepas gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama yang dipimpin oleh Sir Alex Ferguson, Paul Pogba tak bersetuju untuk sign kontrak baru bersama Manchester United dan berpindah ke Juventus secara percuma. Bersama Juventus selama 4 tahun, Paul Pogba berjaya menang 8 piala sebelum dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Pada tahun 2016, Manchester United secara rasmi membawa Paul Pogba kembali ke Old Trafford sehingga kini. Tapi macam dah ada bau-bau Paul Pogba akan ke Real Madrid.
π @PaulPogba powered home his first #MUFC goal as we beat Leicester 4-1 in 2016! #MUNLEI pic.twitter.com/0nFZJAiPYi
β Manchester United (@ManUtd) September 13, 2019
DIDIER DROGBA
Memegang rekod pemain termahal yang pernah dibeli oleh Chelsea pada tahun 2004, Didier Drogba pernah menang 16 piala bersama Chelsea termasuk piala UEFA Champions League pada tahun 2012. Permulaan karier Didier Drogba di Chelsea terganggu selama 2 musim disebabkan isu kecederaan dan kecergasan yang dialami. Musim ke-3 bersama Chelsea baru lah Didier Drogba mula menggegarkan gawang gol lawan dengan kerap sehingga diangkat sebagai legenda Chelsea sebelum berpindah ke Shanghai Shenhua di China pada tahun 2012.
ON THIS DAY: In 2012, Didier Drogba-inspired Chelsea beat Bayern Munich on penalties in the Champions League final. pic.twitter.com/xTZFczzmNx
β Squawka Football (@Squawka) May 19, 2016
Selepas Jose Mourinho kembali sebagai pengurus Chelsea untuk kali ke-2, Didier Drogba bersetuju untuk kembali bergabung dengan Jose Mourinho pada tahun 2014, memburu piala untuk dihadiahkan kepada Chelsea. Selama setahun kembali beraksi bersama Chelsea, Didier Drogba berjaya menang 2 piala iaitu piala Premier League dan League Cup.
Jose Mourinho crowns outgoing Chelsea club legend Didier #Drogba. #CFC pic.twitter.com/OT1d2bt1J9
β B/R Football (@brfootball) May 24, 2015
KATALAKI: Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United. Gareth Bale kembali ke Tottenham Hotspur. Boleh terjadi tak agak-agak?