Pemain Bola Yang Pernah Jadi Pelakon

Aktif, Bola

Bola sepak dan lakonan ialah dua bidang yang berbeza. Korang pun tahu kan? Berlakon masa main bola sebab kena tackle tu tak kira la bro.

Mungkin ada yang tahu atau yang belum tahu, kali ni kita nak tengok pemain bola yang pernah main bola secara profesional, lepas tu masuk lak dalam bidang lakonan.

Vinnie Jones

Korang mungkin dah pernah tengok Vinnie Jones dalam filem, berlakon sebagai watak jahat selalunya. Sebenarnya sebelum aktif berlakon, Vinnie Jones mula main bola sepak secara profesional pada tahun 1986 hingga 1996. Antara team yang Vinnie Jones pernah join termasuk lah Wimbledon FC, Leeds United, Chelsea dan QPR.

Filem pertama lakonan Vinnie Jones ialah Lock, Stock, and Two Smoking Barrels arahan Guy Ritchie yang ditayangkan pada tahun 1998. Vinnie Jones ada gak berlakon dalam filem-filem yang popular antaranya Snatch, Escape Plan dan X-Men: The Last Stand.

Escape Plan

Ian Wright

Mungkin tak ramai yang ingat atau kenal siapa Ian Wright sebagai pemain bola sepak. Tapi kalau korang kenal Shaun Wright-Phillips yang pernah main untuk Manchester City dan Chelsea, Ian Wright ialah bapa kepada Shaun Wright-Phillips

Shaun Wright-Phillips

Ian Wright aktif bermain bola sepak secara profesional sejak tahun 1985 hingga 2001 bersama pasukan Crystal Palace, Arsenal, West Ham, Celtic dan Burnley. Setakat ni, Ian Wright masih lagi pemegang rekod jaringan gol kedua paling banyak untuk Arsenal.

Sumber : www.arsenal.com

Walaupun Ian Wright tak pernah jadi pelakon Hollywood, tapi Ian Wright banyak terlibat dengan rancangan kat TV antaranya Friends Like These, They Think It’s All Over, dan pernah gak buat penampilan khas dalam rancangan Top Gear pada tahun 2005.

Eric Cantona

Siapa tak kenal legenda Manchester United ni. Eric Cantona pernah menang 11 piala dan berjaya menjaringkan 77 gol dalam 173 perlawanan bersama Manchester United.

Eric Cantona mula terjebak dalam dunia lakonan pada tahun 1995 selepas berlakon dalam filem pertama lakonannya Le bonheur est dans le pré. Kebanyakan filem lakonan Eric Cantona semuanya berasal dari Perancis antaranya The Mad Kings, The Salvation, Porn in the Hood dan banyak lagi.

The Salvation

Ramai peminat bola sepak yang perasan Eric Cantona ni pandai berlakon selepas Eric Cantona banyak kali buat penampilan dalam iklan-iklan yang dikeluarkan oleh Nike. Korang ingat lagi tak iklan legend ni?

Neymar

Korang jangan tak perasan lak, Neymar sekarang ni dah mula berjinak dalam dunia lakonan. Neymar pernah berlakon dengan Vin Diesel pada tahun 2017 dalam filem xXx: The Return of Xander Cage. Masa pembikinan dan tayangan filem ni, Neymar masih lagi beraksi untuk Barcelona masa tu.

KATALAKI: Setakat ni Vinnie Jones je yang selalu kita nampak pegang watak penting dalam filem Hollywood.

Last modified: 22 March 2019