Pemain Indonesia Paling Popular Kat Instagram

Aktif, Bola

Syabas untuk pasukan Harimau Malaya selepas menampilkan corak perlawanan yang berkelas dunia dan berjaya membenam pasukan Thailand dengan jaringan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 November 2019 hari tu.

Setakat 4 perlawanan buat masa ni, Harimau Malaya berada di kedudukan ke-4 dalam kumpulan G, di belakang Vietnam, Thailand dan UAE. Vietnam je yang masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 4 perlawanan. Info penting untuk korang, ekor harimau sejati, juara dan 4 pasukan dalam setiap kumpulan dan naib juara terbaik secara keseluruhan akan layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak bertanding di Piala Asia 2023.

Perjalanan Harimau Malaya menuju ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 masih lagi panjang sebenarnya. Kita belum lagi boleh selesa selepas menang dengan pasukan Thailand hari tu. Tapi, berbekalkan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain Harimau Malaya dan juga penyokong Harimau Malaya setiap kali turun menentang pihak lawan, tak mustahil Malaysia akan beraksi di Piala Dunia 2022 atau Piala Dunia 2023 nanti.

Menjelang perlawanan ke-5 untuk pasukan Harimau Malaya dalam pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 19 November 2019 nanti, teringin gak nak tahu pemain pasukan Indonesia mana yang paling aktif dan popular kat Instagram. Mari kita tengok.

Andik Vermansah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andik Vermansah (@andikvermansah) on

Lahir pada tahun 1991, Andik Vermansah pernah beraksi di Liga Super bersama pasukan Selangor pada tahun 2013, sebelum menyertai pasukan Kedah pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andik Vermansah (@andikvermansah) on

Selepas beraksi selama satu musim bersama Kedah, Andik Vermansah kembali ke Indonesia untuk bersama dengan pasukan Madura United sehingga kini.

Irfan Haarys Bachdim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irfan Haarys Bachdim (@ibachdim) on

Salah seorang pemain yang berpengalaman dalam pasukan Indonesia, Irfan Bachdim merupakan pemain Indonesia berdarah kacukan Indonesia-Belanda yang pernah beraksi bersama Ryan Babel di Akademi Bola Sepak Ajax Amsterdam di usia remaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irfan Haarys Bachdim (@ibachdim) on

Mula beraksi sebagai pemain bola sepak profesional di liga Eredivisie, Belanda bersama pasukan FC Utrecht pada tahun 2007, Irfan Bachdim pernah gak beraksi di liga Thailand dan Jepun. Selain daripada terlibat dalam karier bola sepak, Irfan Bachdim juga terlibat dalam bisnes pakaian bersama isterinya, Jennifer Bachdim yang juga popular di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irfan Haarys Bachdim (@ibachdim) on

Stefano Lilipaly

Pemain pasukan Indonesia paling popular di Instagram, Stefano Lilipaly juga merupakan pemain Indonesia berdarah kacukan Indonesia-Belanda, mula beraksi bersama pasukan kebangsaan Belanda di usia remaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝐒𝐓𝐄𝐅𝐀𝐍𝐎 𝐋𝐈𝐋𝐈𝐏𝐀𝐋𝐘 (@stefanolilipaly) on

Pada tahun 2011 ketika berumur 21 tahun, Stefano Lilipaly buat keputusan untuk beraksi bersama pasukan Indonesia selepas menerima kerakyatan Indonesia. Sekarang ni, Stefano Lilipaly bersama dengan pasukan Bali United di Indonesia sejak tahun 2017.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝐒𝐓𝐄𝐅𝐀𝐍𝐎 𝐋𝐈𝐋𝐈𝐏𝐀𝐋𝐘 (@stefanolilipaly) on

KATALAKI: Yang belum lagi beli tiket Malaysia lawan Indonesia tu mungkin dah boleh pergi beli cepat-cepat rasanya. Takkan kita nak biarkan Stadium Nasional Bukit Jalil penuh dengan penyokong Indonesia, betul?

Last modified: 25 November 2019