Pemain Man Utd join Man City, Ni Jawapan Aguero

Aktif, Bola

Baru-baru ni ada video yang viral, pasal penyerang terunggul Manchester City, Sergio Aguero bila ditanya player Manchester United mana yang layak join Manchester City sekarang ni. Korang boleh tengok video bawah ni jawapan daripada Aguero.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPORF (@sporf) on

Kita sendiri pun dah tahu macam mana tahap permusuhan dan kebencian antara Manchester City dan Manchester United dalam Premier League yang digelar Manchester Derby. Kejap Manchester is red, kejap Manchester is blue. Mana satu ni?

Tapi penghujung musim Premier League 2018/2019 ni nampaknya fans Manchester United termasuk lah fans Chelsea ke Arsenal ke, bersatu hati, jiwa dan raga sokong Manchester City untuk jadi juara Premier League. Kesian Liverpool.

Sebenarnya ada je pemain yang pernah main untuk Manchester United dan Manchester City sebelum ni. Dua-dua kelab dia sapu. Korang ingat lagi tak siapa? Mari kita tengok.

Carlos Tevez

Perpindahan Carlos Tevez dari West Ham ke Manchester United pada tahun 2007 ialah pinjaman selama 2 tahun je sebenarnya. Manchester United tak beli pun. Habis je tempoh pinjaman dengan Manchester United pada tahun 2009, masa tu Manchester City cuba pancing Tevez bagi pening sikit nak pilih merah ke biru. Pada 14 Julai 2009, Tevez sah bermain untuk Manchester City.

Ramai fans Manchester United yang bengang dengan perpindahan Tevez ni sebab masa ni Manchester City dah start beli star player. Tevez berjaya menang piala Premier League bersama Manchester City pada tahun 2012.

Peter Schmeichel

Legenda penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel bersama dengan Manchester United selama 8 tahun sejak tahun 1991 sampai 1999. Lepas chow dari Manchester United, Schmeichel bermain selama 2 tahun bersama Sporting CP di Portugal, setahun di Aston Villa dan pada tahun 2002, Schmeichel join Manchester City selama setahun sebelum bersara.

Masa join Manchester City tu Schmeichel dah pun berumur 39 tahun. Selama 8 tahun Schmeichel jadi goalkeeper Manchester United, sekali pun tak pernah kalah dengan Manchester City. Lepas pindah Manchester City, Schmeichel berjaya seri kat Old Trafford dan menang kat stadium Manchester City dalam perlawanan menentang Manchester United.

Andy Cole

Andy Cole main untuk Manchester United selama 7 tahun, berjaya menang 3 piala Premier League dan 1 Piala UEFA Champions League sebelum berpindah ke Blackburn, Fulham dan Manchester City masa berumur 34 tahun.

Sebelum join Manchester United, Andy Cole pernah gak main untuk Arsenal.

Owen Hargreaves

4 tahun main untuk Manchester United, pada tahun 2011, Owen Hargreaves buat keputusan untuk berpindah ke Manchester City selepas kontrak dengan Manchester United tak disambung.

Selama setahun main untuk Manchester City, penampilan Owen Hargreaves dalam padang sebanyak 4 kali je dan 1 gol.

KATALAKI: Bukan setakat pemain je, fans Man Utd yang dah pindah sekarang sokong Man City pun ada. 

Last modified: 23 March 2019