Pemain Paling Banyak Menang Piala UCL

Aktif, Bola

Kehangatan UEFA Champions League musim 2019/20 akan kembali bersambung pada 19 Februari 2020 nanti untuk pusingan Round of 16, melibatkan 16 pasukan yang merebut tempat untuk layak ke pusingan seterusnya, pusingan suku akhir. Kalau korang dah hilang ingatan, tak ingat team mana yang layak ke Round of 16, boleh tengok kat bawah ni.

Piala UEFA Champions League merupakan piala yang paling bernilai di Eropah untuk pemain-pemain yang beraksi dalam liga bola sepak Eropah. Maknanya, perjalanan karier bola sepak untuk seorang pemain bola sepak dikira lengkap kalau pemain tersebut pernah merasa pegang piala UEFA Champions League. Tapi, macam mana pula kalau pemain tersebut dah pernah menang UEFA Champions League banyak kali? Pernah tak korang terfikir pemain bola sepak mana satu yang berjaya menang UEFA Champions League paling banyak? Mari kita tengok.

PACO GENTO

Kalau korang fikir Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi yang paling kerap menang UEFA Champions League, korang dah silap. Francisco Gento atau juga dikenali sebagai Paco Gento merupakan pemain paling banyak kali pernah menang piala UEFA Champions League.

Beraksi selama 18 tahun bersama Real Madrid, Paco Gento pernah layak ke perlawanan akhir UEFA Champions League (masa tu UEFA Champions League digelar European Cup) sebanyak 8 kali, berjaya menang sebanyak 6 kali pada tahun 1956, 1957, 1958, 1959, 1960 dan 1966 . Sehingga kini, Paco Gento masih lagi memegang rekod pemain paling banyak menang piala UEFA Champions League.

CRISTIANO RONALDO

 

View this post on Instagram

 

🏆🏆🏆🏆🏆

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Selain daripada Cristiano Ronaldo, ada lagi beberapa legenda bola sepak lain yang pernah menang piala UEFA Champions League sebanyak 5 kali iaitu Paolo Maldini, Clarence Seedorf, Alfredo di Stéfano dan Alessandro Costacurta. Tapi buat masa ni, hanya Cristiano Ronaldo yang ada kemungkinan untuk menyamai rekod yang dipegang oleh Paco Gento. Tak sah la kalau sebut Cristiano Ronaldo tapi tak sebut Lionel Messi, betul? Lionel Messi pernah menang UEFA Champions League sebanyak 4 kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Sekarang ni kita dah tahu siapa pemain yang paling berjaya dalam kejohanan UEFA Champions League, tapi teringin gak nak tahu pengurus mana satu yang paling kerap mendakap piala UEFA Champions League. Sekali lagi, tanggapan korang salah kalau korang ingat Pep Guardiola atau Jose Mourinho yang paling berjaya di UEFA Champions League. Jurgen Klopp baru menang sekali je. Jangan macam-macam.

PENGURUS PALING BERJAYA

Setakat ni, Carlo Ancelotti dan Zinedine Zidane merupakan pengurus paling berjaya di kejohanan UEFA Champions League selepas mengumpul 3 kejuaraan UEFA Champions League.

 

View this post on Instagram

 

Ready to get back to work now!

A post shared by Carlo Ancelotti (@mrancelotti) on

Carlo Ancelotti pernah menang piala UEFA Champions League sebanyak 2 kali bersama A.C. Milan pada tahun 2003 dan 2007, 1 kali bersama Real Madrid pada tahun 2014. Sekarang ni Carlo Ancelotti merupakan pengurus kepada Everton di Premier League. Jangan terkejut kalau Carlo Ancelotti berjaya bawa Everton bersaing dalam kejohanan UEFA Champions League suatu hari nanti, pertama kali dalam sejarah Everton.

 

View this post on Instagram

 

Looking forward to getting started and working on our objectives. Let’s go Everton.

A post shared by Carlo Ancelotti (@mrancelotti) on

Zinedine Zidane baru 6 tahun bergelar pengurus sejak mula membimbing pasukan Real Madrid Castilla pada tahun 2014, tapi Zinedine Zidane dah pernah merasa menang UEFA Champions League sebanyak 3 kali bersama Real Madrid pada tahun 2016, 2017 dan 2018.

 

View this post on Instagram

 

HALA MADRID! Champions League 2018, Kiev 🏆🇺🇦⚽

A post shared by zidane (@zidane) on

Hanya Carlo Ancelotti dan Zinedine Zidane je yang pernah menang paling banyak piala UEFA Champions League setakat ni. Sir Alex Ferguson, Pep Guardiola, Vicente del Bosque dan Jose Mourinho pernah menang UEFA Champions League sebanyak 2 kali.

KATALAKI: Final UEFA Champions League kali ni akan berlangsung kat Istanbul, Turki.

Last modified: 10 February 2020