Pemain Paling Mahal Dalam Fantasy Premier League 2019/20

Aktif, Bola

Permulaan musim baru Premier League dah semakin dekat. Maknanya sekarang ni korang dah boleh mula usha pemain-pemain yang korang nak susun kat dalam pasukan Fantasy Premier League (FPL) korang. Sebab tu kena sentiasa ambil tahu gak pemain-pemain baru yang dibeli oleh pasukan-pasukan Premier League. Kalau korang yang suka kan cabaran, boleh la cuba ambil pemain baru dibeli tu dalam pasukan FPL korang.

Info penting untuk korang, perlawanan Premier League yang pertama akan berlangsung pada 10 Ogos 2019, pukul 3 pagi, Liverpool menentang Norwich City. Maknanya, sejam sebelum perlawanan pertama bermula, make sure korang dah siapkan barisan pemain pasukan FPL korang. Rugi kalau terlepas point untuk perlawanan minggu pertama Premier League.

Kami dah cuba usha harga-harga terbaru pemain Premier League kat dalam FPL 2019/20. Ini antara harga pemain yang paling mahal untuk setiap posisi setakat ni.

Goalkeeper – £6m

Pemenang anugerah Golden Glove untuk musim 2018/19, Alisson Becker yang bermain untuk pasukan Liverpool dan penjaga gol Manchester City, Ederson merupakan penjaga gol paling mahal dalam FPL, berharga £6m.

Defender – £7m

Pemain pertahanan paling mahal FPL musim terbaru ni ialah Andrew Robertson dan Trent Alexander-Arnold yang beraksi dengan pasukan Liverpool, bernilai £7m.

Midfielder – £12.5m

Kebanyakan pemain FPL mesti rajin beli pemain ni. Mohamed Salah merupakan pemain tengah paling mahal kat FPL kali ni. Mohamed Salah berharga £12.5m diikuti oleh Raheem Sterling yang bernilai £12m.

Forward – £12.5m

Rasanya korang pun dah boleh teka penyerang yang mana satu paling mahal dalam FPL kali ni. Tepat sekali. Sergio Aguero ialah pemain penyerang paling mahal dengan harga £12.5m. Pierre-Emerick Aubameyang berada di belakang Aguero dengan harga £11m.

KATALAKI: Satu je tip paling penting kalau nak point banyak dan konsisten dalam FPL ni. Kena rajin update pemain korang tu. Kalau terlepas beberapa minggu untuk update pemain, banyak point boleh hilang dan rugi.

Last modified: 12 July 2019