Pemain Popular England Yang Pernah Main Kat La Liga

Aktif, Bola

Memang jarang sekali kita nampak pemain yang berasal dari England yang berani untuk keluar bermain di negara luar tinggalkan Premier League. Tak pasti la sebab apa. Sama ada gaji di Premier League lebih tinggi, lebih selesa dengan cara hidup di England atau liga bola sepak di England dah cukup gempak untuk menjadikan seseorang pemain bola sepak tu pemain terbaik di dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atlético de Madrid (@atleticodemadrid) on

Baru-baru ni pun, Kieran Trippier secara rasmi dah berpindah ke Atletico Madrid untuk bermain di La Liga meninggalkan pasukan lamanya, Tottenham Hotspur. Betul ke keputusan Kieran Trippier untuk berpindah ke Atletico Madrid?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atlético de Madrid (@atleticodemadrid) on

Kalau mengikut statistik pencapaian piala untuk pasukan Tottenham Hotspur dan Atletico Madrid, sejak tahun 2000, Tottenham Hotspur berjaya menang 1 piala je. Atletico Madrid lak dah pernah menang 8 piala sejak tahun 2000. Mungkin Kieran Trippier buat keputusan untuk berpindah sebab nak merasa menang piala? Kieran Trippier juga merupakan pemain England pertama yang bermain bersama Atletico Madrid.

Setakat hari ni, 25 Julai 2019, 20 orang pemain bola sepak England je yang pernah beraksi dalam La Liga di Sepanyol. Kali ni kita nak tengok pemain popular England yang mana pernah beraksi di La Liga.

David Beckham

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

David Beckham merupakan pemain England yang paling banyak buat penampilan bersama dengan kelab dari Sepanyol iaitu 159 penampilan bersama Real Madrid. Pada tahun 2003, David Beckham tinggalkan Manchester United untuk berpindah ke Real Madrid dan berjaya menang 2 piala bersama Real Madrid.

Michael Owen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Owen (@themichaelowen) on

Michael Owen berpindah ke Real Madrid untuk bermain di Sepanyol ketika berumur 25 tahun pada tahun 2004. Malang sekali, prestasi Michael Owen bersama Real Madrid kurang berbisa selepas berjaya buat 45 penampilan sahaja. Pada tahun 2005, Michael Owen balik ke England untuk bermain bersama pasukan Newcastle United.

Gary Lineker

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gary Lineker (@garylineker) on

Gary Lineker merupakan satu-satunya pemain England yang pernah beraksi untuk Barcelona di Sepanyol. Sebanyak 128 penampilan berjaya dilakukan oleh Gary Lineker bersama Barcelona dan pernah menang 2 piala untuk Barcelona.

Steve McManaman

Image Via : sport-english.com

Setakat ni ada 4 orang pemain England je yang pernah beraksi dengan Real Madrid. Steve McManaman merupakan pemain England kedua yang berpindah ke Real Madrid selepas Laurie Cunningham. Selama 4 musim dan 158 penampilan bersama Real Madrid, Steve McManaman berjaya menang 8 piala termasuklah 2 kali kejuaraan UEFA Champions League. Ini senarai penuh pemain England yang pernah beraksi di La Liga.

Image Via : as.com

KATALAKI: Mungkin kalau lebih ramai pemain England yang beraksi di luar Premier League, pasukan kebangsaan England akan semakin mantap dan boleh menang piala dunia?

Last modified: 22 July 2020