Pemain² Premier League Paling GANAS

Aktif, Bola

Ibarat mencurahkan minyak petrol ke dalam api. Tu lah peribahasa yang sesuai kepada seseorang yang senang naik angin atau pun panas baran. Sukan bola sepak juga tak terkecuali daripada terjadinya insiden-insiden yang disebabkan oleh pemain-pemain berperangai panas baran.

Sejak Premier League mula diperkenalkan pada tahun 1992, Mike Dean merupakan pengadil pertama yang pernah melayangkan 100 kad merah dalam perlawanan Premier League. Kad merah ke-100 daripada Mike Dean, dilayangkan kepada Ashley Young pada bulan April 2019.

Korang pernah tak terfikir, dalam ramai-ramai pemain bola sepak yang pernah beraksi kat Premier League, siapa yang paling banyak kali dilayangkan kad merah? Sama ada pemain tersebut memang ganas, panas baran atau memang suka kumpul kad merah daripada pengadil, ini merupakan pemain-pemain yang masih lagi memegang rekod pemain paling banyak kumpul kad merah dalam sejarah Premier League.

DUNCAN FERGUSON

Kali pertama Duncan Ferguson menjejakkan kaki di Premier League adalah pada tahun 1994 bersama Everton selepas dibeli daripada Rangers FC yang merupakan sebuah kelab bola sepak di Scotland. Keganasan Duncan Ferguson di dalam padang menjadikan dirinya antara 3 pemain Premier League yang memegang rekod paling banyak menerima kad merah dalam sejarah Premier League walaupun sebenarnya Duncan Ferguson bermain di posisi penyerang. Duncan Ferguson pernah menerima 8 kad merah sejak tahun 1994 sehingga tahun 2006.

Duncan Ferguson juga pernah dikenakan hukuman penjara selepas didapati bersalah menanduk pemain lawan pada tahun 1994. Masa ni Duncan Ferguson masih lagi beraksi bersama Rangers FC.

PATRICK VIEIRA

Mengumpul 8 kad merah sejak kali pertama beraksi bersama Arsenal pada tahun 1996, Patrick Vieira merupakan ketua pasukan kepada Arsenal yang berjaya menang Premier League tanpa mengalami sebarang kekalahan pada musim 2003/04.

Keganasan Patrick Vieira di dalam padang kebanyakkannya berlaku sebelum Patrick Vieira dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada tahun 2002. Patrick Vieira pernah dilayangkan kad merah dan digantung 6 perlawanan disebabkan kesalahan meludah salah seorang pemain West Ham, Neil Ruddock pada tahun 1999.

RICHARD DUNNE

Kalau sokong Manchester City tapi tak kenal siapa Richard Dunne, maknanya korang bukan penyokong The Citizens yang sejati. Richard Dunne merupakan pemain ke-3 sebaris dengan Duncan Ferguson dan Patrick Vieira yang mengumpul kad merah paling banyak dalam sejarah Premier League.

9 tahun beraksi bersama Manchester City sejak tahun 2000, Richard Dunne dijual kepada Aston Villa selepas setahun bangsawan Arab mengambil alih Manchester City pada tahun 2008. Richard Dunne tak sempat nak merasa menang Premier League dengan Manchester City.

KATALAKI: Siapa dan tahun bila agaknya rekod yang dipegang oleh Duncan Ferguson, Patrick Vieira dan Richard Dunne akan dipecahkan.

Last modified: 11 March 2020