Pemain² Premier League Paling Tinggi

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Siapa yang korang bayangkan kalau ditanya mengenai siapa pemain bola sepak paling tinggi yang beraksi di Premier League sekarang ni? Peter Crouch dah tak main kat Premier League. Dah bersara dah pun. Tapi info tambahan untuk korang, Peter Crouch memiliki ketinggian setinggi 200 cm.

Salah satu kelebihan pemain bola sepak yang memiliki ketinggian melampau ni adalah lebih mudah untuk menanduk bola yang dihantar oleh rakan sepasukan. Sebab tu selalunya pemain yang tinggi akan beraksi sama ada sebagai penyerang atau pertahanan. Dua-dua posisi ni memerlukan kualiti tandukan yang mantap untuk menjaringkan gol dan mengeluarkan bola dari kawasan gol. Penjaga gol memang selalunya tinggi lampai.

Ada gak kekurangan yang terpaksa diterima oleh pemain yang tinggi lampai kalau beraksi dalam perlawanan bola sepak iaitu pergerakan badan yang agak perlahan untuk berlari dan gelecek bola. Bukan tak boleh gelecek langsung, tapi slow motion sikit. Korang ingat lagi tak Peter Crouch pernah score gol lipat masa beraksi untuk Liverpool? Peter Crouch lagi.

Jadi, mari kita tengok, siapa pemain Premier League yang mempunyai ketinggian paling melampau sekarang ni.

NICK POPE

 

View this post on Instagram

 

TOTW | Congratulations to Nick Pope who is in this week’s @easportsfifa Team of the Week 🛡👏 #totw

A post shared by Burnley Football Club (@burnleyofficial) on

Penjaga gol utama Burnley dan kini mula mencabar Jordan Pickford sebagai penjaga gol utama pasukan kebangsaan England, Nick Pope merupakan pemain ke-5 yang mempunyai ketinggian paling tinggi kat Premier League buat masa ni. Dengan ketinggian 197 cm, Nick Pope dah pernah bolos 85 gol dan 27 clean sheet dalam 70 perlawanan, sejak mula beraksi dengan Burnley pada tahun 2016.

MATT MACEY

 

View this post on Instagram

 

Matt Macey – the 850th player to represent the #Arsenal first team 👐

A post shared by Arsenal Official (@arsenal) on

Dibeli oleh Arsenal ketika berumur 19 tahun dari Bristol City, Matt Macey yang berketinggian 198 cm merupakan penjaga gol ke-3 Arsenal sebagai backup untuk Bernd Leno dan Emiliano Martinez. Peluang Matt Macey untuk jadi penjaga gol utama Arsenal macam susah sikit memandangkan Bernd Leno baru je tiba di Arsenal pada tahun 2018 dan beraksi dengan baik. Kalau Bernd Leno penat, Emiliano Martinez akan menggantikan tempat Bernd Leno. Kalau salah seorang antara Bernd Leno atau Emiliano Martinez cedera, baru lah ada kemungkinan untuk Matt Macey beraksi.

WAYNE HENNESSEY

Wayne Hennessey dah berumur 33 tahun sekarang ni, pernah bersama dengan Wolves pada tahun 2006 sehingga 2014. Pada tahun 2009, nama Wayne Hennessey mula dikenali selepas Wolves kembali beraksi di Premier League. Disebabkan beberapa kecederaan yang dialami dan diketepikan daripada skuad utama, Wayne Hennessey berpindah ke Crystal Palace pada tahun 2014, masih kekal sehingga kini. Wayne Hennessey memiliki ketinggian setinggi 197 cm.

JANNIK VESTERGAARD

Pemain ke-2 paling tinggi kat Premier League bukan seorang penjaga gol tapi merupakan seorang pemain pertahanan yang beraksi untuk Southampton sekarang ni. Berasal dari Denmark, Jannik Vestergaard memiliki ketinggian setinggi 199 cm dan pernah beraksi di Bundesliga, Jerman sebelum berpindah ke Southampton pada tahun 2018.

DAN BURN

Mungkin korang jarang dengar nama Dan Burn memandangkan Dan Burn masih lagi cedera dan dijangka kembali beraksi bersama Brighton pada bulan Mac 2020 nanti. Tapi, Dan Burn merupakan pemain paling tinggi di Premier League buat masa sekarang ni dengan ketinggian 201 cm. Selain daripada Shane Duffy dan Lewis Dunk, Dan Burn juga merupakan salah seorang pemain pertahanan tinggi dan kuat macam kubu yang dimiliki oleh Brighton.

KATALAKI: Ryan Faser yang beraksi bersama Bournemouth, salah satu pemain paling pendek kat Premier League.

Last modified: 14 February 2020