Pemain Remaja Yang Pernah Score Hat-trick Kat Champions League

Aktif, Bola

Pemain bola sepak yang baru berumur 19 tahun, Erling Braut Håland menjadi tumpuan dunia dalam perlawanan pertama UEFA Champions League untuk musim 2019/20 selepas berjaya jaringkan gol hat-trick untuk pasukan FC Red Bull Salzburg menentang pasukan Genk. Ini merupakan gol hat-trick ke-4 yang pernah dijaringkan oleh Erling Braut Håland sejak menyertai FC Red Bull Salzburg pada 1 Januari 2019.

Untuk info, perlawanan tersebut merupakan kali pertama Erling Braut Håland beraksi dalam perlawanan UEFA Champions League. Terus score hat-trick. Sebelum berpindah ke FC Red Bull Salzburg, Erling Braut Håland pernah beraksi bersama pasukan Molde FK yang dipimpin oleh Ole Gunnar Solskjær masa tu. Mungkin Erling Braut Håland akan dibeli oleh Manchester United nanti?

Image Via : vg.no

Sebenarnya Erling Braut Håland bukan lah remaja pertama yang pernah jaringkan gol hat-trick dalam kemunculan pertama di UEFA Champions League. Ini antara pemain-pemain lain yang pernah jaringkan gol hat-trick dalam penampilan pertama perlawanan UEFA Champions League.

Yakubu Aiyegbeni, 19 Tahun (Maccabi Haifa)

Image Via : thecable.ng

Setakat ni, Yakubu Aiyegbeni masih lagi memegang rekod satu-satunya pemain Afrika yang berjaya menjaringkan gol hat-trick dalam penampilan pertama di usia remaja kat UEFA Champions League. Gol hat-trick tersebut dijaringkan oleh Yakubu Aiyegbeni ketika beraksi bersama Maccabi Haifa menentang Olympiacos pada tahun 2002.

Wayne Rooney, 19 Tahun (Manchester United)

Image Via : thesun.co.uk

Dibeli oleh Manchester United daripada Everton pada tahun 2004, Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol hat-trick dalam penampilan pertama di UEFA Champions League menentang Fenerbahçe pada tahun yang sama ketika berumur 19 tahun. Masa ni Sir Alex Ferguson dan Cristiano Ronaldo masih lagi bersama dengan Manchester United.

KATALAKI: Sebelum ni ada gak pemain lain yang pernah jaringkan gol hat-trick dalam penampilan pertama UEFA Champions League. Tapi hanya Yakubu Aiyegbeni, Wayne Rooney dan Erling Braut Håland je yang hat-trick di usia belasan tahun setakat ni.

Last modified: 18 September 2019