Pemain Termahal Chelsea Sebelum Ketibaan Hakim Ziyech

Aktif, Bola

Tahniah kepada penyokong The Blues selepas berita terkini yang diumumkan oleh Chelsea mengenai pemain terbaru yang bakal bersama dengan Chelsea selepas tamat musim 2019/2020 iaitu Hakim Ziyech yang sekarang ni masih lagi beraksi untuk pasukan Ajax di Belanda. Majoriti penyokong Chelsea nampak macam berpuas hati dengan pembelian pertama Frank Lampard sejak bertugas sebagai pengurus Chelsea. Tapi, selagi belum terbukti hebat di atas padang Premier League, Hakim Ziyech dan penyokong Chelsea belum boleh selesa.

 

View this post on Instagram

 

We have reached an agreement with Ajax to sign Hakim Ziyech this summer! 🤝 Link in bio. #CFC #Chelsea

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc) on

 

View this post on Instagram

 

138 days of magic left. Let’s enjoy every single touch… ✨ #𝚆𝚒𝚣𝚊𝚛𝚍𝙾𝚏𝙰𝙼𝚂

A post shared by AFC Ajax (@afcajax) on

Lahir di Belanda, tapi Hakim Ziyech merupakan pemain kebangsaan Maghribi sejak tahun 2015. Bersama Ajax, Hakim Ziyech dah pernah jaringkan 48 gol dan mencipta 82 bantuan gol dalam 160 perlawanan setakat ni. Hakim Ziyech juga merupakan salah seorang pemain yang membantu Ajax membuat kejutan dalam saingan UEFA Champions League musim 2018/2019, layak sehingga ke peringkat separuh akhir.

Matthijs de Ligt dah berpindah ke Juventus dan Frenkie de Jong dah bersama dengan Barcelona sejak tahun 2019. Sekarang ni tiba giliran Hakim Ziyech untuk mengembara ke England, mencipta nama sebaris dengan Matthijs de Ligt dan Frenkie de Jong. Ada gak yang menjangkakan Hakim Ziyech bakal mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh Eden Hazard selepas berpindah ke Real Madrid pada tahun 2019.

Kalau nak dibandingkan dengan pasukan Premier League yang lain, Chelsea boleh dikatakan sebuah pasukan bola sepak England yang jarang sekali membelanjakan wang sesuka hati untuk beli pemain ternama. Chelsea beli Hakim Ziyech pun takde la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan prestasi cemerlang Hakim Ziyech di Ajax.

Pemain termahal yang pernah dibeli oleh Chelsea sejak jutawan Rusia, Roman Abramovich ambil alih sebagai pemilik Chelsea pada tahun 2003 adalah penjaga gol yang berasal dari Sepanyol, Kepa Arrizabalaga, dibeli pada tahun 2018. Sebelum tu, Alvaro Morata pemain paling mahal yang pernah dibeli oleh Chelsea.

Sekarang ni timbul lak ura-ura mengatakan Kepa Arrizabalaga bakal dijual dalam masa terdekat memandangkan prestasi yang kurang menyengat bersama Chelsea sejak kebelakangan ni. Ini membuktikan yang pemain mahal belum tentu lagi mampu beraksi di tahap terbaik, setaraf dengan nilai pembelian.

Sementara nak tunggu Hakim Ziyech tiba di Chelsea secara rasmi, dijangka pada bulan Ogos 2020 nanti, Frank Lampard masih lagi perlu membuktikan kemampuan Chelsea untuk bersaing dengan pasukan-pasukan teratas Premier League sehingga tamat musim 2019/20. Yang paling penting, Chelsea kena layak bertanding di UEFA Champions League untuk musim 2020/21. Kalau Frank Lampard dah kena pecat dulu sebelum Hakim Ziyech sampai, kesian gak kat Frank Lampard sebab tak sempat nak merasa pemain baru yang berjaya dibeli.

 

View this post on Instagram

 

If you know, you know 👀

A post shared by Hakim Ziyech (@hziyech) on

KATALAKI: Buat masa ni, jersi nombor 22 kat Chelsea dipakai oleh Christian Pulisic. Hakim Ziyech akan pakai jersi nombor berapa agaknya.

Last modified: 14 February 2020