Pemain Thailand Berketurunan Melayu Menentang Harimau Malaya

Aktif, Bola

Kemenangan Harimau Malaya ke atas Tajikistan dengan jaringan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 November 2019 hari tu menunjukkan yang Harimau Malaya dah dalam mood dan motivasi yang tinggi untuk menentang Thailand pada 14 November 2019 nanti. Sebelum ni kami dah pernah kongsikan mengenai kedudukan Tajikistan dalam FIFA World Ranking yang jauh lebih baik daripada Harimau Malaya.

Walaupun Harimau Malaya dah berjaya tewaskan Tajikistan hari tu, perlawanan menentang Thailand nanti Harimau Malaya tak boleh nak terlalu confident sebab Thailand bila lawan Malaysia, semangat dorang lain macam. Dengar cerita, FA Thailand siap bagi ganjaran yang tinggi kalau pasukan Thailand berjaya kalahkan Harimau Malaya.

Dua perlawanan terakhir sebelum ni, antara Harimau Malaya dan Thailand, berlangsung semasa kejohanan Piala AFF 2018, berakhir dengan keputusan seri, 0-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan 2-2 di Stadium Rajamangala. Harimau Malaya berjaya singkirkan Thailand di perlawanan separuh akhir Piala AFF 2018 dengan kelebihan gol di tempat lawan.

Kedatangan pasukan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti akan dimeriahkan lagi dengan seorang pemain Thailand yang berketurunan Melayu dikenali sebagai Elias Dolah, kini beraksi bersama Port FC sebagai pemain pertahanan di Thai League 1.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elias Dolah (@eliasdolah4) on

Menurut Vocket FC, bapa kepada Elias Dolah merupakan keturunan Melayu yang berasal dari Narathiwat. Ibu kepada Elias Dolah pula berasal dari Sweden dan Elias Dolah juga lahir di Sweden.

 

View this post on Instagram

 

Happy father’s day 💙🇹🇭

A post shared by Elias Dolah (@eliasdolah4) on

Pada tahun 2015, Elias Dolah pernah datang ke Malaysia menentang Kelantan dalam perlawanan persahabatan. Masa tu, Elias Dolah beraksi bersama pasukan Songkhla United. Elias Dolah sendiri mengaku yang semua ahli keluarga dan dirinya sendiri boleh berbahasa Melayu memandangkan moyangnya berasal dari Kelantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elias Dolah (@eliasdolah4) on

Setakat artikel ni ditulis, Elias Dolah baru beraksi dua perlawanan bersama pasukan Thailand, kali pertama menentang Congo dalam perlawanan persahabatan dan kali kedua menentang UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

 

View this post on Instagram

 

Debut 🇹🇭✅

A post shared by Elias Dolah (@eliasdolah4) on

Buat masa ni, Elias Dolah dah memang confirmed akan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November 2019 nanti untuk penampilan ketiga bersama pasukan Thailand. Kalau Elias Dolah diturunkan dalam perlawanan menentang Harimau Malaya sebagai kesebelasan utama atau pemain gantian nanti, boleh la kita tengok sendiri depan mata macam mana kualiti pemain berkacukan Kelantan-Sweden-Thailand ni.

 

View this post on Instagram

 

KL-bound 🌐

A post shared by Elias Dolah (@eliasdolah4) on

KATALAKI: Boleh tahan sado Elias Dolah ni, memang sesuai la main kat bahagian pertahanan. Kita tengok je la nanti boleh ke Elias Dolah menampung serangan yang bertubi-tubi daripada penyerang Harimau Malaya.

Last modified: 20 November 2019