Pemain Tumpuan Liga Super 2020

Aktif, Bola

Sebelum bermulanya musim terbaru Liga Super 2020, ada beberapa perkara yang korang kena tahu. Yang pertama sekali, perlawanan pertama Liga Super 2020 iaitu perlawanan Piala Sumbangsih akan berlangsung pada 28 Februari 2020, antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Bola rasmi yang akan digunakan sepanjang musim Liga Super 2020 juga dah diperkenalkan kepada umum oleh Malaysian Football League (MFL) iaitu Nike Merlin II.

Kemeriahan Liga Super 2020 yang akan bermula tak lama lagi juga diserikan dengan beberapa perpindahan pemain baru yang berjaya menarik perhatian peminat dan penyokong bola sepak tempatan. Jendela perpindahan pemain yang pertama akan tamat pada 15 Mac 2020. Maknanya, bila Liga Super 2020 dah bermula nanti, pasukan masih lagi boleh membawa masuk pemain baru sehingga tamat jendela perpindahan pemain yang pertama.

Jadi, kali ni kita nak tengok pemain yang mana satu bakal menerima tekanan dan jangkaan yang tinggi daripada penyokong pasukan masing-masing untuk beraksi dengan cemerlang sepanjang musim Liga Super 2020.

Johor Darul Ta’zim

Boleh dikatakan berita mengejut untuk peminat bola sepak Malaysia terutama sekali kepada penyokong Pahang apabila Johor Darul Ta’zim mengumumkan Matthew Davies secara rasmi meninggalkan Pahang untuk bersama dengan Johor Darul Ta’zim bermula musim 2020. Buat masa ni, perpindahan Matthew Davies ke Johor Darul Ta’zim merupakan berita perpindahan pemain tergempar yang berlaku di Malaysia pada tahun 2020 dan juga mencuri perhatian peminat-peminat bola sepak di seluruh Asia.

Pahang

Image Via : thelaki.com.my

Masa artikel ni ditulis, akaun media sosial Pahang masih lagi tidak dapat diakses. Apa yang dah berlaku dengan Pahang buat masa ni?

Image Via : thelaki.com.my

Selepas kehilangan Norshahrul Idlan Talaha dan Matthew Davies, ada dua pemain terbaru yang dibawa masuk oleh Pahang iaitu S. Kumaahran dan Fazly Mazlan yang dipinjam daripada Johor Darul Ta’zim II.

Selangor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official FA Selangor (@faselangormy) on

Boleh tahan ramai gak pemain terbaru yang dibawa masuk oleh Selangor untuk mengharungi Liga Super 2020 kali ni. Tapi, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada bekas tonggak utama pasukan Perak iaitu Brendan Gan yang akan beraksi buat pertama kali dengan Selangor.

KEDAH

Kedah pun ramai gak pemain-pemain baru. Tapi, syabas untuk sebab berjaya menyambar penjaring terbanyak Liga Super 2019 iaitu Kpah Sherman yang sebelum ni beraksi bersama PKNS FC.

PERAK

Selepas kehilangan Brendan Gan yang merupakan ketua pasukan Perak sebelum ni, Perak membawa masuk penyerang berpengalaman, Guilherme de Paula yang pernah beraksi bersama Selangor, PDRM dan Kuala Lumpur sebelum ni.

MELAKA UNITED

 

View this post on Instagram

 

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini berbesar hati untuk mengumumkan pemain berasal dari Haiti, Sony Norde kini sah sebagai pemain import baharu Melaka United bagi musim 2020. Norde, kelahiran Grand’Anse, Haiti berusia 30 tahun adalah seorang pemain di posisi Tengah Menyerang (Attacking Midfielder) yang sebelum ini beraksi di beberapa negara serta pemain kebangsaan Haiti. Beliau merupakan pemain dari skuad pembangunan kelab terkemuka Argentina, Boca Juniors dari 2008 hingga 2011 sebelum ke Mexico menyertai kelab San Luis B dan Altamira. Sekitar 2013 hingga 2014, beliau kemudiannya berhijrah ke 2 kelab Bangladesh Premier League, Sheikh Russel KC dan SJD Club. Kelincahan beliau telah menarik kelab-kelab terkemuka India untuk membawanya beraksi di I-League sekitar 2014 hingga 2019 bermula dengan mewakili Mohun Bagan sebelum pernah dipinjamkan ke Mumbai City FC pada 2015 dan 2016. Sebelum ke Melaka United, beliau menyertai kelab Azerbaijan, Zira FK untuk beraksi dalam liga utama negara itu, Azerbaijan Premier League. Pencapaian terbaik Norde setakat ini ialah membantu Mohun Bagan muncul Juara I-League musim 2014/2015 dan Juara Indian Federation Cup 2015/2016 selain telah menyumbang 2 gol antarabangsa sepanjang bersama Haiti setakat ini. Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Norde bakal memantapkan lagi Skuad Hang Tuah sebagai salah satu pasukan pencabar dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Beliau menandatangani kontrak semusim bersama Skuad Hang Tuah di Bilik Media MUSA, Stadium Hang Jebat, petang tadi (Khamis, 16 Januari 2020) yang turut dihadiri Pegawai Khas Presiden, En Syahrul Nizam Shamsuddin mewakili Presiden MUSA yang turut dihadiri Bendahari Kehormat MUSA, En Mohamad Rashidi Othman dan Ketua Jurulatih Melaka United, En Zainal Abidin Hassan. Selamat datang dan semoga berjaya Sony Norde bersama Melaka United daripada kami di MUSA. #MUSA2020 #DemiKebanggaanMelaka

A post shared by MELAKA UNITED SA (@melakaunitedsa) on

Lebih daripada 10 pemain baru yang dibawa masuk oleh Melaka United untuk bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi Liga Super sepanjang musim 2020. Melaka juga membawa masuk pemain import terbaru yang bakal membuat kemunculan sulung di liga bola sepak Malaysia iaitu Sony Norde yang pernah beraksi di Argentina, Mexico, India dan Azerbaijan sebelum berpindah ke Melaka United.

TERENGGANU

Terengganu berjaya menewaskan pasukan-pasukan Liga Super yang lain untuk mendapatkan khidmat pemain import terbaru yang berasal dari Singapura, Faris Ramli untuk memperkuatkan lagi jentera serangan Terengganu untuk musim 2020. Faris Ramli yang pernah bersama dengan PKNS dan Perlis sebelum ni, dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan di Singapore Premier League selepas menampilkan aksi cemerlang sepanjang tahun 2019 bersama Hougang United.

PETALING JAYA CITY FC

PJ City FC membawa masuk dua pemain muda yang beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu R. Kogileswaran yang berpindah dari Pahang dan penjaga gol, Damien Lim.

FELDA UNITED

 

View this post on Instagram

 

BULOT IS THE FIGHTERS 🧡🖤 . Frederic Bulot akan sertai skuad Felda United FC sekaligus mengisi slot ke-5 pemain import Felda United FC untuk musim ini. Pada musim lepas, Bulot bermain di Liga Jepun (J2 League) bersama FC Gifu. Semasa usia remaja, Bulot beraksi untuk skuad kebangsaan Perancis dalam semua peringkat umur kecuali skuad senior kerana beliau akhirnya telah memilih untuk mewakili negara kelahirannya, Gabon pada tahun 2015. Bulot masih aktif bersama Skuad Bolasepak negara Gabon dan turut beraksi dalam perlawanan menentang Morocco pada Oktober 2019. Semoga maju jaya buat Bulot! #feldaunited #FUFC #fufcfamily #orenhitam #FELDA #wearethefighters #feldaunitedfc #thefighters #bulot

A post shared by Felda United Football Club (@feldaunitedfc) on

Lebih daripada 20 pemain baru yang bakal memperkuatkan skuad Felda United untuk musim 2020 ni. Felda United juga membawa masuk pemain import baru yang pernah beraksi bersama bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dalam skuad kebangsaan Gabon iaitu Frederic Bulot yang bermain di posisi tengah.

SABAH

Salah satu daripada tiga pasukan baru yang bakal bersaing di Liga Super 2020, Sabah membawa masuk pemain import baru yang berasal dari Namibia, Petrus Shitembiv untuk menajamkan lagi bahagian serangan. Petrus Shitembi merupakan pemain utama skuad kebangsaan Namibia dan ini kali pertama Petrus Shitembi akan beraksi di negara Asia.

PDRM

Buat masa ni, belum ada lagi pemain-pemain baru yang dibawa oleh PDRM untuk mengharungi saingan Liga Super 2020. Kita tunggu je lah pengumuman daripada PDRM nanti mengenai pemain baru yang akan menyarung jersi PDRM untuk musim 2020.

UiTM

UiTM juga belum lagi mengumumkan pemain baru untuk musim 2020 disebabkan ketua jurulatih yang baru, Frank Bernhardt masih lagi dalam proses untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh membantu UiTM untuk bersaing dengan pasukan-pasukan Liga Super yang lain.

KATALAKI: Ada beberapa pasukan Liga Super masih lagi tertinggal di belakang daripada segi promosi dan pengurusan media sosial. Dah tahun 2020 dah ni. Kalau aktif kat media sosial, senang nak kumpul penyokong.

Last modified: 20 February 2020