Pemain Yang Diundi Oleh Captain Harimau Malaya Untuk The Best FIFA Men’s Player

Aktif, Bola

Walaupun kalah kepada Virgil Van Dijk untuk anugerah UEFA Men’s Player of the Year hari tu, kali ni Lionel Messi berjaya membuktikan dirinya merupakan pemain bola sepak terbaik dunia selepas berjaya menang anugerah The Best FIFA Men’s Player 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup) on

Tahun 2018, Luka Modric yang berjaya menang anugerah ni. Kali pertama anugerah The Best FIFA Men’s Player diperkenalkan ialah pada tahun 2016. Sebelum tu, anugerah ni dikenali sebagai FIFA Ballon d’Or. Kali terakhir Lionel Messi pernah menang anugerah FIFA Ballon d’Or ialah pada tahun 2015.

Selepas selesai majlis anugerah FIFA, tumpuan dunia mula beralih kepada keputusan undian yang ditunjukkan kepada orang ramai. Lionel Messi memberikan undian kepada Sadio Mane, Cristiano Ronaldo dan Frenkie de Jong untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Tapi semua terkejut selepas Cristiano Ronaldo tak undi Lionel Messi untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player, sebaliknya Cristiano Ronaldo memberikan undian kepada Matthijs de Ligt, Frenkie de Jong dan Kylian Mbappe. Apa pendapat korang dengan undian yang dibuat oleh Cristiano Ronaldo?

Macam mana lak dengan pemain-pemain ternama yang lain? Siapa yang dorang undi? Harry Kane (England), Riyad Mahrez (Algeria), Dani Alves (Brazil) dan Hugo Lloris (Perancis) memberikan undian tertinggi kepada Lionel Messi untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Luka Modric (Croatia), Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon) dan Granit Xhaka (Switzerland) memberikan undian tertinggi kepada Cristiano Ronaldo untuk menang anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Untuk info, hanya captain pasukan kebangsaan, ketua jurulatih pasukan kebangsaan dan seorang wakil media daripada setiap negara je yang layak memberikan undian untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Pemain mana yang diundi oleh captain dan ketua jurulatih Harimau Malaya agaknya? Farizal Marlias memberikan undian kepada Lionel Messi sebagai pilihan pertama, Cristiano Ronaldo sebagai pilihan kedua dan Mohamed Salah sebagai pilihan ketiga.

Image Via : marca.com

Tan Cheng Hoe pula memberikan undian kepada Virgil van Dijk sebagai pilihan pertama, Lionel Messi sebagai pilihan kedua dan Cristiano Ronaldo sebagai pilihan ketiga.

Image Via : marca.com

KATALAKI: Kalau korang, siapa pilihan pertama, kedua dan ketiga untuk anugerah The Best FIFA Men’s Player?

Last modified: 25 September 2019