Pemain Yang Masih Lagi Kekal Masuk Baju Dalam Seluar

Aktif, Bola

Rasanya korang pun boleh perasan perubahan yang berlaku kepada sukan bola sepak di seluruh dunia termasuk lah mutu siaran langsung yang disiarkan, gameplay yang ditunjukkan oleh setiap pasukan, rekod baru yang dicatat oleh setiap pemain dan jersi yang dipakai oleh pemain-pemain bola sepak.

Kalau zaman dulu, jersi bola sepak yang dipakai oleh pemain di atas padang nampak lebih besar berbanding zaman sekarang. Sebab tu zaman dulu, ramai pemain yang masukkan jersi ke dalam seluar atau tuck in bila beraksi di atas padang. Nampak kemas dan selesa untuk pemain berlari dengan pantas.

Tapi sekarang dunia dah semakin moden, kebanyakan jersi pasukan bola sepak dah dikaji untuk membolehkan pemain mencapai kemampuan maksima dengan memakai jersi tersebut. Ada jersi yang nampak ketat dan melekat kat badan pemain bertujuan untuk membolehkan pemain bergerak dengan lebih lincah dan pantas. Disebabkan jersi yang semakin melekat kat badan pemain, jarang kita tengok ada lagi pemain yang masukkan jersi ke dalam seluar bila turun beraksi. Pelik gak kan kalau kita tengok jersi melekat kat badan tapi siap tuck in.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adama Traore Diarra (@adamatrd37) on

Jadi, disebabkan sekarang ni dah tak ramai pemain yang pakai jersi masuk dalam seluar, kita nak tengok pemain mana yang masih lagi mengekalkan imej kemas, rapi dan masukkan jersi dalam seluar walaupun berpeluh-peluh kat atas padang.

RODRIGO

 

View this post on Instagram

 

From Rodrigo with 💙⁣ ⁣ ⁣ ⁣ ⁣ ⁣ #mancity

A post shared by Manchester City (@mancity) on

Satu-satunya pemain Manchester City yang masih lagi mengekalkan imej old school, Rodrigo atau juga dikenali sebagai Rodri, dibeli oleh Manchester City dari Atlético Madrid pada tahun 2019. Bukan je masih kekal beraksi dengan memasukkan jersi ke dalam seluar, tapi Rodri juga takde sebarang akaun media sosial. Pep Guardiola menjangkakan Rodri mampu beraksi setanding dengan Sergio Busquets suatu hari nanti.

CESAR AZPILICUETA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by César Azpilicueta (@cesarazpi) on

Mula beraksi dengan Chelsea sejak tahun 2012, Cesar Azpilicueta merupakan ketua pasukan Chelsea, tugas yang diambil alih daripada Gary Cahill selepas meninggalkan Chelsea pada tahun 2019. Rasanya Cesar Azpilicueta je yang masih kekal dengan cara orang lama kat Chelsea, pakai jersi siap tuck in.

JESUS NAVAS

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jesús Navas (@jnavas16) on

Salah seorang pemain yang terkenal dengan penampilan kemas bila beraksi dalam padang, Jesus Navas pernah beraksi dengan Manchester City selama 4 tahun sebelum berpindah semula ke Sevilla pada tahun 2017. Masa bersama dengan Manchester City dan pasukan kebangsaan Sepanyol, jersi Jesus Navas sentiasa tuck in.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jesús Navas (@jnavas16) on

Baru-baru ni sejak dilantik sebagai ketua pasukan Sevilla, Jesus Navas dah jarang beraksi sambil tuck in jersi dalam seluar.

RIQUI PUIG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by R I C A R D P U I G (@riquipuig) on

Ruqui Puig merupakan salah seorang pemain muda Barcelona yang dikatakan bakal menjadi bintang bola sepak ternama suatu hari nanti. Bakal berusia 21 tahun pada 31 Ogos 2020, gaya rambut dan cara berpakaian Riqui Puig masih lagi kekal macam zaman dulu-dulu.

KATALAKI: Kalau korang main futsal atau bola padang, cuba try masuk baju dalam seluar. Tengok sikit apa reaksi kawan-kawan.

Last modified: 14 February 2020