Pembunuh Bersiri Yang Menyamar Sebagai Wartawan!

Sembang

Korang pernah tengok cerita Dexter tak? ini bukan yang Dexter yang cartoon tapi ini cerita Dexter yang dia bekerja sebagai pakar forensik tapi dalam masa yang sama dia sebenarnya adalah seorang pembunuh bersiri? Kalau korang nak tahu cerita Dexter ini sebenarnya diadaptasi daripada kisah benar.

Vlado Taneski telah bekerja sebagai seorang wartawan selama 20 tahun. Sepanjang karier dia sebagai wartawan, dia telah bekerja untuk sebuah syarikat surat khabar tempatan di Kicevo, Macedonia. Bandar Kicevo merupakan sebuah bandar yang kecil dan tidak mempunyai penduduk yang ramai.

Disebabkan penduduk yang tidak ramai, mostly Vlado akan menulis berita tentang apa yang terjadi disekolah dan juga di pejabat-pejabat kerajaan. Namun pada tahun 2005, Vlado telah menemui satu berita yang agak besar yang pernah terjadi di pekan kecilnya itu.

Seorang wanita telah dikatakan telah menghilangkan diri sejak beberapa hari dan disyaki telah diculik. Wanita yang dikatakan bekerja sebagai seorang cleaner itu akhirnya telah ditemui mati dan disyaki telah dirogol sebelum dia dibunuh dengan kejam.

Vlado telah bekerja sama dengan pihak polis bagi menyiasat kes pembunuhan ini. Setiap laporan yang dia siarkan dalam surat khabarnya telah menerima pujian yang sangat tinggi daripada pihak berkuasa dan masyarakat kerana apa yang dia tulis sangat detail.

Dalam masa tiga tahun, tiga orang lagi wanita telah disyaki telah diculik. Dua daripada wanita tersebut telah ditemui mati dan keadaan mayat mereka sangat sama dengan kes pembunuhan yang pernah terjadi sebelum ini. Polis mengesyaki wanita-wanita ini telah dibunuh oleh pembunuh yang sama.

Seperti kes-kes pembunuhan sebelum ini, Vlado telah turut cover kes pembunuhan ini secara detail seperti mana yang dia buat sebelum ini. Bila korang baca laporan dia, korang dapat rasakan seperti korang sedang berada sendiri di kawasan pembunuhan itu berlaku.

Ini telah membuatkan pihak berkuasa mula merasa sesuatu yang tidak kena dengan laporan Vlado. Ini terjadi apabila terdapat beberapa detail dalam laporan Vlado yang pihak polis sendiri tidak tahu dan tidak kongsikan kepada orang awam mahupun kepada Vlado sendiri.

Pihak polis mengesyaki Vlado tahu siapa pembunuh sebenar dan dia cuba untuk menyorokkan maklumat tersebut daripada pihak berkuasa supaya dia tetap boleh sambung menulis laporan-laporannya dan mendapat pujian daripada masyarakat setempat.

Namun apa yang pihak polis dapat tahu selepas itu sangatlah mengejutkan. Vlado sememangnya tahu siapa pembunuh sebenar bagi kes-kes pembunuhan itu kerana dialah pembunuh sebenarnya! Selama tiga tahun, Vlado Taneski berjaya memperdaya pihak berkuasa dan masyarakat setempat.

Isteri Vlado memberitahu yang Vlado merupakan seorang yang pendiam dan sangat lemah lembut bila bercakap. Rakan-rakan sekerjanya pula berkata Vlado merupakan seorang yang sangat rendah diri dan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan rakan sekerja.

Namun itu semua hanyalah topeng yang Vlado pakai bagi menyembunyikan perangai dia yang sebenar. Daripada empat orang wanita yang disyaki telah diculik, tiga daripadanya didapati telah dirogol dan diseksa sebelum Vlado mengambil keputusan untuk menjerut mangsa-mangsanya sehingga mati menggunakan phone cord.

Disebabkan detail inilah Vlado telah disyaki adalah pembunuh sebenar kerana walaupun pihak polis telah melaporkan yang wanita-wanita ini telah mati dijerut namun mereka tidak memberitahu kepada orang umum apakah senjata yang telah digunakan.

Bukan sahaja Vlado melaporkan yang mayat wanita itu telah dijerut menggunakan phone cord namun dia juga turut melaporkan jenis phone cord tersebut secara terperinci. Bila terlampau detail sangat buat kerja sampai itu menjadikan salah satu sebab dia kantoi sebagai seorang pembunuh bersiri.

Pihak polis telah menggeledah rumah Vlado dan telah menjumpai beberapa video pornography dan juga beberapa nota tentang kes pembunuhan yang telah berlaku. Bagi motif pembunuhan, polis masih tidak dapat tahu kenapa dia melakukan pembunuhan tersebut. Adakah disebabkan dia berdendam dengan wanita ini ataupun kerana dia tahu dia akan menjadi terkenal dengan melaporkan tentang kes pembunuhan tersebut.

Vlado telah ditahan oleh pihak polis dan dia telah dimasukan ke dalam penjara sementara pihak polis mencari lebih banyak bukti untuk mendakwa Vlado. Namun Vlado telah mengambil keputusan untuk membunuh diri semasa di dalam penjara dengan melemaskan dirinya dalam baldi penuh dengan air.

KATALAKI: Betullah orang cakap, orang yang nampak baik dan senyap sebenarnya lebih bahaya daripada orang lain!

Last modified: 5 September 2019