Pembunuh Sadis Ditangkap Ketika Mencuri

Sembang, ZAP, ZeKool

Kisah pembunuhan kejam ini merupakan antara kisah yang tidak tercapai dek akal manusia. Pembunuh yang bernama Charles Ng ini merupakan seorang pembunuh yang disifatkan sebagai tidak mempunyai hati perut kerana berasa seronok melakukan jenayah bunuh. Tidak cukup dengan bunuh, dikatakan sebelum mangsanya dibunuh dia akan menyeksa dan merogol mangsanya terlebih dahulu dan merakamkan aksinya dengan pita rakaman video. Mungkin hanya maniac dan orang yang hati seperti binatang sahaja yang mampu buat perkara seperti ni. Sebab itu lah kekejaman Ng boleh dikategorikan sebagai tidak berperikemanusiaan. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Cuma penangkapan Ng oleh pihak polis mengambarkan betapa kurang bijaknya seorang pembunuh.

LATAR BELAKANG YANG BAIK

Seperti kisah penjenayah Charles Bronson, Charles Ng Chi-Tat juga merupakan lelaki yang datang dari keluarga yang tidak bermasalah. Dia dilahirkan pada tahun 1960 di Hong Kong. Kedua ibu bapanya merupakan orang yang rajin bekerja dan tidak menimbulkan masalah dalam komuniti. Tetapi semasa zaman kanak-kanaknya, dia merupakan seorang kanak-kanak yang rebellious dan sering mendapat markah rendah dalam kelas. Kerana bercita-cita untuk mendalami martial arts, bapanya sering memintanya untuk fokus kepada pelajaran. Kedegilannya juga menjadi punca dia dipukul berkali-kali oleh bapanya.

Sejak dari tu, Ng terus memberontak dan buat perangai di sekolah. Dia juga selalu dibuang sekolah kerana perangainya. Walaupun bapanya menghantarnya ke sekolah asrama di England dengan harapan dapat mendisiplinkannya, tetapi dia tetap dibuang sekolah kerana mencuri.

Semasa berumur 18 tahun, Ng mendapatkan visa pelajar dan berpindah ke Belmont, California, dan mendaftarkan diri ke kolej Notre Dame. Tetapi dia hanya bertahan selama satu semester je. Dalam masa tersebut juga lah dia bertemu dengan rakan jenayahnya, Leonard Lake, seorang lelaki yang berumur 15 tahun lebih tua daripadanya. Dan dari situ lah bermulanya jenayah bunuh tanpa belas kasihan mereka berdua.

SEKSA, RAKAM DAN BUNUH

Pada tahun 1982, pihak berkuasa menyerbu tempat tinggal Ng dan Lake, dan merampas sejumlah besar senjata dan bahan letupan haram yang dicuri Ng. Dia dipenjarakan selama 18 bulan kerana kesalahan mencuri, manakala rakan jenayahnya Lake dibebaskan dengan ikat jamin. Selepas 18 bulan, Ng dibebaskan dan bertemu kembali dengan rakan jenayahnya, Lake. Setelah itu, episod pembunuhan kejam daripada mereka berdua pun bermula.

Mereka berdua berpindah ke sebuah kabin terpencil yang disewa oleh Lake berhampiran kaki bukit Sierra Nevada. Mereka menggelar kabin tersebut sebagai ‘Penjara Seksaan’. Kalau dah siap ada nama pada tempat mereka melakukan jenayah, memang boleh digelar sebagai pembunuh sadis. Mangsa pembunuhan mereka pula tidak mengenal usia dan juga jantina. Bayi kecil yang tak berdosa pun diorang boleh bunuh.

Walaupun mangsa mereka tidak mengenal usia dan jantina, Lake dan juga Ng lebih seronok menyeksa mangsa perempuan. Mereka akan menyeksa, merogol dan setelah puas baru lah dibunuh. Segala aksi mereka selalunya akan dirakam untuk kepuasan diri.

Menurut laporan hasil siasatan, Ng menyeksa mangsanya dengan menggunakan playar untuk merobek puting mangsanya. Selain itu, dia juga memasukkan benda asing menggunakan power drill ke dalam kemaluan mangsa wanita, memasukkan batang besi ke dalam anus mangsa, dan juga mematahkan jari menggunakan alat cengkaman. Itu merupakan sebahagian kekejaman yang dilakukan mereka.

DITANGKAP KERANA KETAGIHAN MENCURI

Sejak dari kecil, Ng memang gemar mencuri. Ia menjadi satu ketagihan kepadanya. Pada 2 Jun 1985, Ng ditangkap ketika sedang mencuri alat yang dipercayai  untuk digunakan semasa pembunuhannya yang seterusnya. Rakan jenayahnya yang cuba membantu Ng dari ditangkap, akhirnya ditahan polis juga apabila kad pengelannya merupakan milik seorang lelaki yang telah hilang seminggu. Lake di bawa ke balai polis, tetapi mati selepas beberapa hari selepas menelan beberapa pil cyanide.

Semasa dibicarakan, Ng mengaku tidak bersalah di atas pembunuhan yang dijumpai di kabin milik rakan jenayahnya. Dia mengatakan segala jenayah bunuh itu adalah daripada Lake, dan bukan dilakukan olehnya. Tetapi video rakamannya menjadi bukti yang kukuh untuk menjatuhkan hukuman ke atas Ng.

Pada 11 Februari 1999, mahkamah mendapati Ng bersalah atas 11 pembunuhan. Dia dikenakan hukum mati dengan lethal injection. Namun, tidak ada hukuman mati yang dilaksanakan di California. Oleh itu, Charles Ng masih menunggu hukuman mati dijalankan sehingga ke hari ini di penjara San Quentin, di mana dia kemungkinan akan mati kerana tua.

KATALAKI: Macam mana lah boleh wujud manusia yang tidak berperikemanusiaan ni..

Last modified: 27 May 2020