Pembunuhan Kejam ’44 Hari Dalam Neraka’

Sembang, ZAP, ZeKool

Kes pembunuhan ini merupakan antara kes pembunuhan yang kejam pernah berlaku di negara Jepun. Kes ini melibatkan pembunuhan seorang gadis berumur 16 tahun bernama Junko Furuta yang dilaporkan dibunuh kejam selepas diseksa selama 44 hari. Kalau nak bayangkan kekejaman yang dilalui oleh Junko pun tak boleh nak dibayangkan, sehinggakan laporan media menyebut seksaan yang dilaluinya sebagai ‘44 days of hell.’

SEORANG GADIS YANG BAIK

Junko Furuta merupakan seorang gadis yang baik, dan di sekolah merupakan pelajar yang cantik dan cemerlang. Dia dikatakan tidak seperti rakan sekelasnya yang lain, yang terlibat dengan gejala sosial seperti minum arak, merokok dan terlibat dengan dadah. Senang kata memang budak baik dekat sekolah. Tapi walaupun dia ni budak baik dan dianggap mempunyai masa depan yang cerah, dia tetap menjadi antara pelajar yang popular di sekolahnya. Yelah biasa budak nakal yang terkenal dekat sekolah, tapi ni budak baik pula yang terkenal.

“Sehingga lah satu hari Junko Furuta dengan tidak sengaja bertemu dengan Hiroshi Miyano, yang berpura-pura baik dengannya.”

PERTEMUAN YANG MEMBAWA KE ‘NERAKA’

Miyano merupakan seorang kaki buli yang terkenal di sekolahnya. Dia juga dikatakan selalu berlagak dengan pelajar-pelajar lain tentang hubungannya bersama kumpulan gangster Yakuza. Menurut rakan sekelas mereka, Miyano sebenarnya ada crush dekat Furuta ni tapi tak dilayan oleh Furuta. Miyano pun sebagai seorang ‘samseng’ menjadi marah bila crush dia tak layan dia. Sedangkan sebelum-sebelum ni tak ada siapa pun yang berani menolak ‘cinta’ Miyano sebab dia ni ada kaitan dengan Yakuza. 

Selepas beberapa hari kena reject, Miyano dan juga rakannya, Shinji Minato pun pergi melepak di taman untuk mencari mangsa seterusnya. Dikatakan mereka ini merupakan gang-rapists berpengalaman, jadi memang mudah untuk mendapatkan sasaran mudah. Sekitar jam 8.30 pm, Miyano dan Minato ternampak Furuta yang baru pulang daripada tempat kerjanya (kerja sambilan) menaiki basikal. Maka rancangan mereka untuk mendapatkan Furuta pun bermula.

ACAH-ACAH BAIK UNTUK PERANGKAP MANGSA

Minato dikatakan dengan sengaja menjatuhkan Furuta daripada basikalnya. Bila Furuta terjatuh, Miyano pula secara tiba-tiba muncul dan acah-acah concern dengan keadaan Furuta. Selepas membantu Furuta yang jatuh tadi, Miyano pun offer untuk menemaninya pulang ke rumah, dan dengan tak sengaja Furuta bersetuju dengan tawaran Miyano tadi. 

Pada hari tersebut, Furuta dilaporkan tidak pulang ke rumah. 

Miyano yang berpura-pura baik tadi sebenarnya telah memerangkap Furuta dan membawanya ke sebuah gudang terbiar. Di situ, Miyano memberitahu tentang hubungannya bersama kumpulan Yakuza, mengugutnya, lalu merogolnya di situ. Miyano turut mengugut untuk membunuh keluarganya kalau Furuta memberitahu siapa-siapa tentang kejadian hari itu. Mungkin Furuta menganggap kejadian keji itu telah tamat. Tetapi kemudian Miyano membawanya ke sebuah taman di mana Minato bersama dua lagi rakannya, Jo Ogura dan Yasushi Watanabe, merogol Furuta di situ. Kemudian mereka menyeludup Furuta ke rumah keluarga Minato.

DISEKSA DAN DIJADIKAN HAMBA SEKS

Keluarga Minato hanya menyangka Furuta sebagai teman wanitanya sahaja. Walaupun lama-kelamaan mereka curiga dengan keberadaan Furuta di rumah mereka dan merasakan ada sesuatu yang tak kena, kedua ibu bapa Minato mendiamkan diri kerana takut akan hubungan kawan anaknya bersama kumpulan Yakuza. Bagi Miyano, Minato, Ogura dan juga Watanabe pula, Futura hanya lah sebagai hamba seks dan juga objek seksaan mereka sahaja.

Semasa kehilangan Furuta, keluarganya membuat laporan pihak polis atas kehilangan anaknya itu. Tetapi kesemua budak lelaki itu memaksa Furuta untuk memberitahu keluarganya bahawa dia sudah melarikan diri dan berada di rumah kawannya. Di rumah Minato pula, Furuta dipaksa untuk berlakon menjadi kekasihnya untuk menyembunyikan hakikat sebenar daripada keluarga Minato. Walaupun akhirnya keluarga Minato dapat tahu keadaan sebenar, hubungan kawan anaknya bersama kumpulan Yakuza cukup untuk menutup mulut ibu bapa Minato. 

Malangnya, selama 44 hari ibu bapa Minato terpaksa membutakan mata dan memekakkan telinga dengan kekejaman yang sedang berlaku ke atas Furuta. Sepanjang 44 hari dalam ‘neraka,’ Junko Furuta dirogol lebih 400 kali, diseksa dengan memasukkan benda asing seperti gunting dan batang besi ke dalam kemaluannya, serta dicederakan dengan begitu teruk sekali. Pada hari Furuta tidak dirogol, Minato dan rakan-rakannya memaksa Furuta untuk memakan lipas hidup, melakukan onani dihadapan mereka, serta memaksanya untuk minum air kencingnya sendiri. Dengan keadaan badan yang lemah, Furuta masih diseksa dan dicederakan oleh mereka dengan menggunakan objek-objek tumpul dan keras.

DUA KALI POLIS GAGAL SELAMATKAN FUTURA

Walaupun semua pihak diugut untuk tidak melaporkan kepada pihak polis, sebanyak dua kali pihak polis menerima laporan tentang keberadaan dan keadaan Furuta. Pertama kali adalah ketika salah seorang rakan Minato yang lain diajak ke rumahnya dan melihat apa yang berlaku pada Furuta, dia kemudian pulang ke rumah dan memberitahu apa yang dilihatnya kepada abangnya. Lalu abangnya melaporkan hal itu kepada pihak polis. Tapi bila pihak polis tiba ke rumah Minato untuk membuat pemeriksaan daripada laporan yang diterima, ibu bapa Minato menyatakan tiada gadis pun yang tinggal di rumah mereka.

Kali kedua adalah ketika Furuta sendiri yang membuat panggilan kepada pihak polis, tetapi sebelum dia sempat untuk memberitahu akan keadaan sebenar, kesemua perogol itu sempat untuk menghalangnya. Bila polis menelefon semula, Miyano memberitahu bahawa terdapat sedikit salah faham. Sebagai hukuman kerana membuat panggilan polis, Furuta diseksa dengan kakinya dibakar.

BERAKHIR 44 HARI DENGAN KEMATIAN

Pada 4 Januari 1989, Furuta disahkan mati. Mengikut laporan, kesemua penjenayah itu telah menyeksa Furuta sehingga mati kerana Furuta memukul mereka semasa mereka sedang bermain permainan mahjong. Kerana takut disabitkan dengan jenayah bunuh, kesemua penjenayah itu meletakkan mayat Furuta ke dalam sebuah bekas tong drum dan mengisinya dengan simen konkrit sebelum mencampakkannya ke dalam trak simen.

KANTOI MEMBUNUH KERANA KEBODOHAN SENDIRI

Selepas dua minggu daripada kejadian itu, polis menahan Miyano dan Ogura diatas dakwaan jenayah rogol berkumpulan yang lain. Semasa disoal siasat, polis menyebut tentang satu kes pembunuhan yang lain tetapi tidak merujuk tentang pembunuhan Furuta. Miyano yang menyangka bahawa pembunuhan itu merujuk kepada Furuta, dan menyangka bahawa kawannya, Ogura telah membuat pengakuan kepada pihak polis, memberitahu di mana mayat mangsa boleh ditemui. 

Selepas mayat Furuta ditemui, pihak polis menyatakan bahawa mayat ini bukan lah mayat mangsa kes pembunuhan yang mereka nyatakan awal tadi. Ternyata, Miyano dengan tidak sengaja telah mengaku ke atas satu kes pembunuhan, iaitu pembunuhan Junko Furuta. Tak lama kemudian, kesemua mereka yang terlibat diletakkan di bawah tahanan. Tetapi apa yang mengejutkan, walaupun Junko Furuta diperlakukan dengan kejam sehingga menyebabkan kematiannya, kesemua penjenayah yang terlibat hanya mendapat hukuman yang tak setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan. 

Hiroshi Miyano dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun, manakala Shinji Minato menerima hukuman penjara lima ke sembilan tahun. Dua rakan mereka pula, Jo Ogura dipenjarakan selama lapan tahun, dan Yasushi Watanabe pula menerima hukuman lima ke tujuh tahun hukuman penjara. Hukuman yang dianggap ringan ini dikatakan sebab mereka masih di usia remaja lagi, iaitu dikenakan hukuman sebagai seorang pesalah juvana.

Sebuah filem Jepun turut diilhamkan daripada kes jenayah ni. Kalau korang nak tengok boleh google filem Concrete (2004).Filem yang diterbitkan dan di tayangkan pada tahun 2004 ini adalah berdasarkan daripada kes Junko Furuta. Didalam filem ini juga, ianya turut memaparkan faktor sosial yang dapat diambil sebagai iktibar daripada apa yang terjadi melalui kes Junko Furuta ini.

KATALAKI: Kes jenayah ni bagi aku agak disturbing untuk dibaca sebab kekejaman yang dilakukan memang melampaui akal fikiran manusia…

Last modified: 24 July 2020