Pemegang Rekod Pemain Football Manager Paling Lama – 221 Musim

Game, Tech

Berapa ramai antara korang tengah baca artikel ni yang gilakan permainan video Football Manager? Kebanyakkan peminat bola sepak lebih berminat untuk main permainan video FIFA atau PES berbanding Football Manager. Antoine Griezmann merupakan salah seorang pemain bola sepak ternama yang ketagih main Football Manager.

Asal-usul kemunculan Football Manager sebenarnya bermula pada tahun 1992 menggunakan nama Championship Manager. Selepas Sports Interactive dan Eidos Interactive tidak berjaya mencapai kata sepakat dan buat keputusan untuk berpisah daripada memasarkan produk terbaru Championship Manager, pada tahun 2004, Sports Interactive bergabung dengan Sega untuk menghasilkan permainan video yang sama tapi menggunakan nama baru iaitu Football Manager 2005.

Image Via : imdb.com

Sejak Football Manager 2005 lah bermulanya empayar permainan video Football Manager semakin popular di dunia sehingga kini. Setiap tahun, Football Manager menampilkan perubahan naik taraf grafik, layout dan cara permainan yang baru untuk terus mengekalkan populariti di kalangan peminat permainan video simulasi berkonsepkan bola sepak.

Pada tahun 2018, seorang lelaki yang berasal dari Poland iaitu Michal Leniec berjaya mencatat Guinness World Record, pemain yang pernah main Football Manager paling lama dengan rekod 221 musim dan 700 trofi.

Michal Leniec mula bermain Football Manager 2016 yang dipasarkan pada tahun 2015, menghabiskan masa selama 2 tahun untuk bermain sehingga 221 musim dan berjaya menang 700 trofi bersama pasukan Lech Poznan, sebuah pasukan bola sepak di Poland.

Sebelum ni, rekod pemain paling lama yang bermain Football Manager dipegang oleh Seb Keenan pada tahun 2017, berasal dari England, bermain Football Manager sehingga 170 musim.

Image Via : dailymail.co.uk

Kalau korang tertanya-tanya bila akan keluar Football Manager yang terbaru iaitu Football Manager 2020, ini jawapan daripada pengarah studio Sports Interactive, Miles Jacobson.

KATALAKI: Kalau teringin nak jadi macam Alex Ferguson, Pep Guardiola atau Jurgen Klopp di dunia permainan video, Football Manager memang game yang paling mantap.

Last modified: 20 August 2019