Pemilik Pertama Toyota GR Supra Di Malaysia

Sembang

Secara rasminya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan pemilik pertama Toyota GR Supra di Malaysia selepas dilancarkan pada 20 September 2019. Toyota GR Supra ada 8 jenis warna iaitu Prominence Red, Lightning Yellow, White Metallic, Deep Blue Metallic, Silver Metallic, Matte Storm Grey Metallic, Black Metallic dan Ice Grey Metallic. Sultan Johor memilih Toyota GR Supra berwarna Lightning Yellow yang disampaikan sendiri oleh pengarah urusan Mutiara Motors, Datuk Mokhtar Ahmad.

Toyota GR Supra yang dikuasakan dengan enjin 3.0 liter, mampu memecut daripada 0-100 km/h dalam masa 4.3 saat. Walaubagaimanapun, kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh Toyota GR Supra dihadkan secara eletronik kepada 250 km/h.

Image Via : toyota.com.my

Image Via : toyota.com.my

Kali pertama Toyota Supra dipasarkan dan mula mencuri perhatian peminat-peminat kereta satu dunia ialah pada tahun 1978 yang diberi nama Toyota Celica Supra.

Image Via : toyota.com.my

Bukan semua kedai kereta ada jual Toyota GR Supra. Hanya 5 pengedar Toyota yang diiktiraf untuk membuka Gazoo Racing (GR) Garage je yang akan mendapat hak eksklusif untuk menjual Toyota GR Supra dan produk berkuasa tinggi GR. 3 pengedar Toyota di Lembah Klang, 1 di utara dan 1 di selatan tanah air.

Image Via : toyota.com

Image Via : toyota.com

Image Via : toyota.com

Image Via : toyota.com

Berapa agaknya harga Toyota GR Supra kat Malaysia? Toyota GR Supra dijual dengan harga on the road bermula daripada RM 568,000.00 tanpa insuran.

KATALAKI: Siapa yang ada Toyota Supra yang lama pun dah kira beruntung.

Last modified: 25 September 2019