Peminat Chelsea Tak Nak Salam Kepa Arrizabalaga

Aktif, Bola

Korang reti tak tu nak sebut family name penjaga gol Chelsea ni? Kita panggil Kepa je lah. Baru-baru ni kecoh gak pasal Kepa yang degil dan tak nak dengar arahan manager Chelsea, Maurizio Sarri untuk digantikan dengan penjaga gol simpanan, Willy Caballero selepas dua kali pakar physio masuk ke dalam padang untuk check keadaan Kepa yang mungkin cedera.

Mengamuk sakan Maurizio Sarri lepas Kepa berdegil gak nak stay kat dalam padang. Salah satu sebab kenapa majoriti peminat bola sepak yang kutuk Kepa ialah segala keputusan yang dibuat dalam pasukan terutama sekali bahagian taktikal, ditentukan oleh manager. Sama ada taktikal yang digunakan boleh bagi kemenangan atau menyebabkan kekalahan, tetap manager juga yang tanggung. Keputusan yang dibuat oleh Maurizio Sarri untuk gantikan Kepa mungkin juga untuk mengelakkan Kepa cedera lagi teruk dan bakal terlepas perlawanan-perlawanan penting selepas ni.

Sumber: Getty

Sebenarnya kita pun boleh faham gak kenapa Kepa berkeras tak nak keluar. Perlawanan akhir Piala Carabao menentang Manchester City hari tu ialah perlawanan final pertama Kepa sebagai penjaga gol Chelsea. Tu yang bersungguh nak perform untuk Chelsea menang piala. Ramai gak yang troll Kepa lepas kejadian ni.

Untuk info, Kepa Arrizabalaga berumur 25 tahun pada tahun ni. Mula join Chelsea sebagai penjaga gol utama pada Ogos 2018 menggantikan Thibaut Courtois yang berpindah ke Real Madrid. Setakat ni, Kepa masih lagi memegang rekod penjaga gol paling mahal di dunia selepas dibeli oleh Chelsea daripada Athletic Bilbao dengan harga 71.6 Juta Pound Sterling bersamaan dengan RM 383 Juta.

Ni komen daripada Maurizio Sarri dan Kepa pasal kejadian hari tu yang dikongsikan kat laman web rasmi Chelsea.

Sumber: www.chelseafc.com

Sumber: www.chelseafc.com

Yang terkini, Kepa didenda penggantungan gaji selama seminggu oleh Chelsea.

Sumber: www.chelseafc.com

Lepas kejadian ni, tersebar satu video yang menunjukkan seorang peminat Chelsea tak nak langsung salam Kepa selepas tamat perlawanan antara Manchester City dan Chelsea. Pemain lain elok je bersalam. Bila Kepa lalu siap simpan tangan.

KATALAKI: Korang rasa #KepaOut ke #SarriOut?

Last modified: 26 February 2019