Pencabar TikTok Yang Baru Dah Muncul?

Sembang

Rasanya tahun 2020 ni boleh dikatakan sebagai tahun TikTok. Aplikasi yang mula hadir di dunia media sosial pada tahun 2016 ni dah semakin diterima ramai kat Malaysia. Dah banyak gak lagu yang popular disebabkan TikTok. Kalau korang nak tahu benda-benda penting pasal TikTok, korang boleh jenguk jap kat sini.

Disebabkan Facebook, Twitter dan Instagram masih lagi berjaya bertahan sebagai salah satu aplikasi media sosial yang digunakan oleh majoriti penduduk dunia sejak tahun 2004, sekarang ni semakin banyak aplikasi media sosial baru yang dicipta ibarat cendawan tumbuh selepas hujan untuk membolehkan manusia terus bersosial di alam maya.

Mula dilancarkan pada 24 Januari 2020, Byte merupakan aplikasi media sosial terbaru yang dicipta oleh Dom Hofmann, yang juga pernah mencipta aplikasi Vine pada tahun 2013. Byte ni dikatakan pengganti kepada Vine yang dah terkubur pada tahun 2017. Mampu ke Byte ni mencabar kegemilangan TikTok?

Kalau nak bersaing dengan Facebook, Twitter dan Instagram, mungkin Byte tak mampu nak capai memandangkan ciri-ciri yang dimiliki oleh Byte lebih sesuai bersaing dengan TikTok. Berbeza dengan TikTok, Byte membolehkan pengguna untuk memuat naik video selama 6 saat yang diulang (loop). Kalau TikTok, pengguna boleh muat naik video yang berdurasi selama 3 saat sehingga 15 saat atau 3 saat sehingga 60 saat. Tu je la kot beza Byte dengan TikTok. Satu lagi perbezaan paling ketara adalah TikTok dimiliki oleh syarikat yang berpusat di China dan Byte berasal dari Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

💡 byte is now available to download for free on iOS and Android

A post shared by byte (@byte_app) on

Memandangkan Byte baru je dilancarkan, maknanya Byte masih lagi dalam frasa percubaan. Sama ada berjaya atau tak untuk bersaing dengan TikTok, kena tengok dulu macam mana sambutan orang ramai. Kalau korang buat akaun dan muat naik video kat Byte sekarang ni, korang antara orang terawal yang mula terlibat dengan aplikasi Byte.

Buat masa ni, Byte masih lagi dalam proses untuk menyediakan platform kepada orang ramai untuk buat duit kat Byte macam yang dilakukan oleh Facebook dan YouTube. Kat Malaysia pun dah boleh download aplikasi Byte sama ada melalui Apple App Store atau Google Play Store. Kami pun baru je download, tapi tak teroka betul-betul lagi.

KATALAKI: Mencabar gak aplikasi baru nak lawan dengan aplikasi yang dah lama sebati dalam hidup manusia. Setakat ni takde lagi yang mampu lawan Whatsapp.

Last modified: 4 February 2020