Pengacara Show Kanak-Kanak Rupanya Rockstar!?

Sembang, ZAP

Rasa rasanya, memang boleh dikatakan semua yang lahir dipertengahan tahun 90an akan pernah saksikan rancangan-rancangan TV yang popular pada sekitar tahun 1999 sehingga kurang lebih tahun 2010. Dan antara rancangan yang top ataupun popular pada ketika itu tentulah rancangan seni DIY yang berjudul Art Attack.

Rancangan tersebut yang dihostkan oleh Neil Buchanan berdurasikan sekitar 30 minit yang banyak mengajar penonton untuk melukis atau membuat hasil seni dengan mengunakan bahan-bahan yang mudah yang boleh didapatkan. Art Attack yang disiarkan pada setiap minggu menampilkan pengacara Neil Buchanan yang selalu memakai “uniform” rasmi beliau berwarna merah sambil melakukan hasil lukisan potrait atau apa saja rekaan seni yang besar dipersembahan di atas lantai mengunakan bahan-bahan kitar semula.

Kebanyakkan penonton yang tergolong daripada kanak-kanak dan remaja rancangan Art Attack mesti tak sangka bahawa pengacara rancangan tersebut, Neil Buchanan sebenarnya seorang yang boleh digelarkan sebagai rock star! Ya, kawan-kawan. Selain memiliki bakat dalam bidang seni lukisan, Neil Buchanan jugak seorang guitaris yang mampu “mengoreng” gitar solo dengan hebat!

Ikon rancangan kanak-kanak itu pernah dilaporkan telah menyertai semula sebuah band pernah ditubuhkan sendiri oleh beliau. Kumpulan yang mewakili genre Heavy Metal tersebut dianggotai oleh Paul Dale (vokal), Neil Buchanan (gitar utama), Andy Charters (gitar kedua), Keith Knowles (dram), dan juga Steve Dinwoodie (bass).

Band tersebut ditubuhkan pada tahun 1976 di Liverpool, England. Mereka juga merupakan pemenang bagi pertandingan “UK Battle of the Bands” yang pertama yang dianjurkan pada tahun 1977, pada ketika itu ianya merupakan suatu pertandingan yang julung-julung kalinya dilakukan dan ianya juga disertai oleh Brian May dan Roger Taylor selaku juri pertandingan. Selepas 2 tahun Marseille ditubuhkan, mereka mengeluarkan album pertama berjudul “Red, White and Slightly Blue” dibawah syarikat rakaman Mountain Records.

Pada asalnya juga mereka dikenali sebagai AC/DC namun nama kumpulan tersebut terpaksa ditukarkan kepada Marseille yang merupakan sebuah pelabuhan laut bertempat di Perancis. Peranan Neil Buchanan yang bertindak sebagai pemain gitar utama berlanjutan daripada tahun penubuhan pada 1976 sehingga 1980, dan kembali menyertai kumpulan tersebut pada tahun 2008 sehingga 2011. Sepanjang penubuhan, kumpulan Marseille telah menerbitkan sebanyak 4 album studio.

SEJARAH ART ATTACK!

Image via: https://www.thesun.co.uk/

Mungkin kalau kita saksikan program kanak-kanak ni masa dulu-dulu, kebanyakkan kita tak pernah terfikir pun nak stay till the end dan luangkan masa sedikit untuk baca title end credit diakhir rancangan. Tentunya ramai yang tidak tahu bahawa rancangan berdurasi 30 minit Art Attack ni merupakan rancangan yang diterbitkan secara aslinya oleh TVS Production dan ianya adalah hasil idea daripada dua pekerja TVS Production, iaitu Neil Buchanan dan Tim Edmunds. Jadi, Neil Buchanan bukan sahaja bertindak selaku pengacara Art Attack, tapi beliau juga merupakan pencipta dan penerbit untuk rancangan seni ini.

Diawal pembabitan Neil Buchanan dan Tim Edmunds dalam dunia produksi rancangan televisyen, merupakan pernah bekerjasama dalam menerbitkan sebuah rancangan kanak-kanak yang dikenali sebagai No.73 dan Do It! Art Attack secara asalnya merupakan sebahagian segmen didalam rancangan kanak-kanak No.73 yang juga turut dibintangi oleh Neil Buchanan sebagai salah seorang pengacara rancangan tersebut. Didalam rancangan kanak-kanak No.73 tersebut, antara segmen yang paling popular yang disukai ramai pada ketika itu adalah segmen Art Attack. Rakaman pilot episod untuk siri sulung Art Attack telah dijalankan di sebuah swimming pool terbiar pada tahun 1989 di Gillingham, Kent dan setahun kemudian bermulalah siri Art Attack yang pertama yang disiarkan di saluran televisyen.

Selepas beberapa tahun bersiaran, akhirnya syarikat produksi TVS kehilangan francais mereka, Tim Edmunds dan Neil Buchanan terus membeli hak milik cipta penyiaran rancangan Art Attack dan meneruskan penerbitan rancangan seni tersebut dibawah syarikat produksi milik mereka yang bernama The Media Merchant. Daripada situ bermulalah sejarah rancangan Art Attack yang lebih padat sehinggakan syarikat media gergasi terbesar, Disney telah membeli rights untuk menerbitkan rancangan Art Attack dalam bahasa asing untuk siaran di negara-negara luar. Setiap versi Art Attack di beberapa buah negara mempunyai personaliti atau pengacara untuk siaran negara masing-masing. Untuk hasil seni “big art” yang selalu dipertunjukkan didalam siri Art Attack, mereka masih lagi mengunakan hasil karya Neil Buchanan.

KATALAKI: Host show kanak-kanak tapi rockstar dowh!

Last modified: 17 August 2020