Pengalaman Tengok Wayang Dekat GSC ScreenX!

Gadget, Tech

Hari ini, kitorang daripada team TheLaki telah dijemput oleh GSC untuk merasai pengalaman menonton wayang dalam hall terbaru mereka yang dipanggil sebagai ScreenX. Sebelum aku bagitahu apa itu ScreenX, aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak GSC diatas jemputan dorang!

GSC sentiasa mahu berikan pengalaman terbaik kepada pengunjung mereka dan oleh disebabkan itu, mereka telah menghasilkan ScreenX, satu-satunya screen 270 darjah yang ada di Malaysia. ScreenX ini kini boleh dinikmati oleh semua pengunjung yang datang ke GSC One Utama untuk menonton wayang disana.

Berbeza dengan hall lain, ScreenX telah menampil tiga screen iaitu screen utama yang berada dihadapan penonton dan juga dua screen extra yang berada dibahagian kiri dan kanan dinding hall tersebut. Ini bukan sahaja satu pengalaman baru untuk menikmati filem di pawagam tapi ia juga membuatkan korang lebih puas apabila menonton.

Selain membuatkan satu-satu filem itu lebih seronok, pengarah-pengarah filem juga dapat diberikan peluang untuk menunjukkan cara baru untuk menghasilkan moviemovie mereka supaya boleh dinikmati di ScreenX hall. Bagi menikmati pengalaman menonton menggunakan ScreenX, pihak GSC juga telah menjemput kitorang sebagai orang pertama yang dapat melihat IT Chapter Two dengan menggunakan ScreenX!

Selain daripada screen yang mempunyai format 270 darjah, GSC ScreenX turut meletakkan kerusi ecoleather yang mana lebih lembut dan lebih selesa berbanding dengan kerusi biasa yang terdapat pada hall lain. Ticket untuk menonton movie di ScreenX juga boleh dikatakan agak berpatutan iaitu pada harga RM29 seorang.

Kalau ditanya tentang pendapat aku, menonton filem ScreenX sememangnya satu pengalaman yang baru bagi aku cumanya satu nasihat aku kepada korang yang nak mencuba ScreenX adalah untuk dapat kerusi di row tengah dan duduk dibahagian belakang sekali bagi mendapatkan pengalaman yang menyeluruh.

Sebab kalau korang duduk dibahagian hujung kiri atau kanan, korang cuma dapat melihat dua screen sahaja dan bukannya secara menyeluruh. Lagi satu apa yang korang perlu tahu adalah tidak semua scene akan menggunakan ketiga-tiga screen. Mostly ketiga-tiga screen ini hanya digunakan apabila ada scene panoramic view sahaja. So mostly korang akan lebih fokus pada screen utama yang berada dihadapan.

Cumanya aku nak puji kerusi baru yang dorang gunakan untuk ScreenX sebab kerusi dia lebih besar daripada kerusi hall biasa. Jadi orang gemuk macam aku memang selesa sangat duduk dekat situ. Lagi satu kerusi dia sangat empuk so walaupun korang layan movie yang mempunyai durasi lebih dua jam, korang tak akan rasa sakit pinggang!

Bagi korang yang ingin mencuba menonton filem di ScreenX, korang boleh mencubanya bermula hari ini untuk menonton filem seram IT Chapter 2 yang mana akan ditayangkan di GSC ScreenX One Utama sahaja. Menurut GSC, mereka akan membuka dua lagi hall ScreenX di dua lokasi yang berbeza pada tahun 2020!

KATALAKI: Nanti aku bagi review movie IT Chapter 2 pulak ye 🙂

Last modified: 4 September 2019