Pengarah Filem Tinggalkan Nota Sebelum Bunuh Diri

Sembang

Korang pernah tengok filem Top Gun, Man on Fire, The Taking of Pelham 123 atau Unstoppable? Filem-filem hebat tersebut diarahkan oleh pengarah popular yang dikenali sebagai Tony Scott, adik kepada Ridley Scott yang pernah mengarahkan filem Gladiator, Black Hawk Down dan The Martian. Adik-beradik ada bakat besar dalam menghasilkan filem-filem yang mempunyai kelas tersendiri. Pada 19 Ogos 2012, Tony Scott disahkan meninggal dunia.

Sebelum terjebak dalam bidang pengarahan filem, Tony Scott memulakan karier sebagai pengarah melalui penghasilan iklan-iklan komersial yang ditayangkan di televisyen. Salah satu iklan yang pernah diarahkan Tony Scott adalah iklan Marlboro yang ditayangkan pada tahun 2003. Kejayaan filem Top Gun yang ditayangkan pada tahun 1986 menjadikan nama Tony Scott semakin kukuh sebagai salah seorang pengarah tersohor di Amerika Syarikat. Sepanjang melibatkan diri sebagai pengarah filem, Denzel Washington merupakan pelakon yang paling kerap dipilih oleh Tony Scott untuk memegang watak utama menerusi filem Crimson Tide, Man on Fire, Déjà Vu, The Taking of Pelham 123 dan filem terakhir arahan Tony Scott sebelum meninggalkan dunia, Unstoppable. Pelakon-pelakon ternama lain yang juga pernah membina nama menerusi filem arahan Tony Scott termasuk lah Eddie Murphy (Beverly Hill Cops II), Bruce Willis (The Last Boy Scout), Will Smith (Enemy of the State) dan Spy Game (Brad Pitt).

Pada 19 Ogos 2012, dunia perfileman dikejutkan dengan berita kematian Tony Scott apabila Los Angeles Port Police mengesahkan Tony Scott yang berumur 68 tahun pada waktu tersebut, membunuh diri dengan cara terjun dari sebuah jambatan, Vincent Thomas Bridge yang terletak di bandar Los Angeles. Selepas mayat Tony Scott dijumpai, ada beberapa keping nota yang berjaya ditemui, sekeping nota ditinggalkan oleh Tony Scott di pejabatnya yang ditujukan kepada keluarganya dan sekeping lagi nota di dalam kereta yang berada di atas jambatan, tertulis nama dan nombor telefon ahli keluarganya, ditujukan kepada pihak berkuasa untuk menghubungi keluarganya selepas dirinya ditemui mati, tanpa mendedahkan sebarang masalah kesihatan di dalam nota yang ditinggalkan.

Berbeza dengan abangnya, Ridley Scott yang dah pernah tercalon dan menang beberapa anugerah di Hollywood, Tony Scott tak berpeluang untuk menang sebarang anugerah menerusi karya filem yang pernah diarahkan walaupun kebanyakkan filem-filem arahan Tony Scott berjaya mencatat keuntungan tertinggi di seluruh dunia.

KATALAKI: Ramai yang berpendapat, filem Enemy of the State yang menampilkan Will Smith sebagai pelakon utama, merupakan filem terbaik yang pernah diarahkan oleh Tony Scott. 

Last modified: 7 August 2020