Bekas Pengedar Dadah Yang Menjadi Pelakon Terkenal!

Sembang

Bagi korang yang layan sitcom-sitcom lama, sudah pastinya korang kenal watak Tim Taylor yang muncul dalam sitcom Home Improvement. Sitcom yang mula ditayangkan pada tahun 1991 ini telah menjadi begitu popular dan telah menaikkan nama Tim Allen sebagai seorang pelakon terkenal.

Dia mula membintangi filem-filem komedi dan berjaya menjadi seorang stand up comedian yang popular. Walaupun dari segi luaran Tim Allen nampak seperti orang biasa namun ramai yang tidak tahu sebelum dia menjadi seorang pelakon terkenal, Tim merupakan seorang pengedar dadah dan pernah dipenjarakan selama lebih dua tahun!

Tim Allen telah dilahirkan pada 13 Jun 1953 dan nama sebenarnya adalah Timothy Dick. Pada usia 11 tahun, ayah Tim telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan kemalangan ini telah meragut nyawa ayahnya. Selepas ayahnya sudah tiada, Tim dan ibunya telah berpindah ke Detroit dan tidak lama selepas itu, ibunya telah berkahwin sekali lagi.

Semasa sedang masih belajar di universiti, Tim Allen telah mula mengedar dadah dan selepas dua tahun tamat pelajaran pada tahun 1978, Tim telah diberkas oleh pihak polis di Battle Creek International Airport kerana cubaan untuk menyeludup kokain seberat 650 grams. Dan disebabkan kesalahan ini, Tim Allen berkemungkinan akan dipenjara seumur hidup!

Tim kemudiannya telah ditawarkan untuk mengurangkan waktu penjaranya tapi dengan satu syarat yang mana dia perlu memberi nama mereka yang terlibat dalam pengedaran kokain ini dan siapakah yang telah membekalkan kokain ini kepada Tim untuk dia seludup.

Bersetuju dengan syarat tersebut, Tim telah memberikan pihak polis semua nama mereka yang terlibat dan pihak polis Michigan telah berjaya memberkas lebih 20 orang yang terlibat dalam penjualan dan penyeludupan kokain dikawasan tersebut.

Hasil maklumat yang diberikan oleh Tim, pihak makamah telah mengurangkan waktu penjara Tim kepada tujuh tahun namun dia telah dilepaskan dari penjara selepas dua tahun empat bulan kerana berkelakuan baik. Semasa di dalam penjara, Tim telah menjumpai bakat terpendamnya yang mana dia mampu membuat sesiapa sahaja ketawa dengan lawaknya. Beberapa orang banduan dan pengawal penjara turut menyatakan yang Tim merupakan seorang yang periang semasa di dalam penjara.

Sebaik sahaja keluar dari penjara, Tim telah bekerja dengan sebuah talent agency pada waktu pagi dan pada malamnya dia akan melakukan stand-up comedy di Comedy Castle. Selepas itu dia mula mendapat beberapa tawaran untuk melakukan iklan di televisyen.

Tidak cukup dengan itu, dia telah diberikan tawaran untuk membawa watak utama dalam sebuah sitcom yang bertajuk Home Improvement pada tahun 1991. Sitcom inilah yang telah melonjak nama Tim Allen menjadi seorang pelakon terkenal dan memberikan dia pelbagai peluang untuk melupakan kisah silamnya sebagai seorang pengedar dan penyeludup dadah.

Home Improvement telah mula ditayangkan pada tahun 1991 dan telah terus ditayangkan selama lapan musim dengan 240 episode. Sitcom Home Improvement telah ditayangkan sehinga tahun 1999 dan selepas habis sitcom tersebut, Tim Allen sekali lagi telah ditawarkan watak utama namun kali ini untuk satu movie animasi. Korang tahu tak animasi ape?

Kalau korang nak tahu, Tim Allen telah menyumbang suara untuk watak Buzz Lightyear manakala untuk watak Woddy pula telah dilakukan oleh Tom Hanks. Ketika ditanya tentang kisah silamnya, Tim menyatakan disebabkan kisah silamnya itu, dia bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk berubah dan perubahan ini telah membuatkan dia dapat mendirikan keluarga dan memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

KATALAKI: Bebas dadah, keluarga bahagia!

Last modified: 29 January 2020