Goalkeeper² Paling Kebal Penalti Dalam Sejarah

Aktif, Bola

Selain daripada keputusan pengadil sepanjang perlawanan yang boleh mengubah hala tuju sesebuah perlawanan bola sepak, sepakan penalti juga mampu untuk menentukan rentak setiap perlawanan bola sepak. Pasukan yang perlu mengambil sepakan penalti belum tentu lagi mempunyai kelebihan selagi gol belum dijaringkan dan pasukan yang perlu menerima keputusan yang menyakitkan hati, hanya boleh mengharapkan penjaga gol yang berbekalkan pengalaman dan teknik untuk melindungi gawang gol daripada bolos.

Penjaga gol yang lincah menepis bola sepanjang perlawanan, belum tentu lagi boleh menjaga gawang gol dengan betul apabila berdepan dengan situasi sepakan penalti. Jadi, kali ni kita nak tengok penjaga gol yang mana satu paling kebal daripada sepakan penalti di Premier League, La Liga dan Serie A.

SERIE A

Kalau sebut pasal penjaga gol terbaik yang beraksi di Itali, mesti ramai yang terus membayangkan Gianluigi Buffon. Tapi Gianluigi Buffon bukan lah penjaga gol yang paling bijak dalam situasi sepakan penalti. Buat masa ni, penjaga gol yang pernah layak ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1994 bersama Paolo Maldini dan Robert Baggio yang masih muda masa tu, iaitu Gianluca Pagliuca merupakan penjaga gol terbaik Serie A yang paling selalu menyelamatkan sepakan penalti.

Gianluca Pagliuca memegang rekod pernah menangkap atau menepis bola sepakan penalti sebanyak 31 kali sepanjang beraksi dalam 592 perlawanan Serie A bersama 4 pasukan. Samir Handanovic yang masih lagi beraksi untuk pasukan Inter Milan sekarang ni, berada di belakang Gianluca Pagliuca, pernah menyelamatkan sepakan penalti sebanyak 30 kali, diikuti oleh Luca Marchegiani dan Gianluigi Buffon sebanyak 21 kali.

LA LIGA

Bukan penjaga gol daripada pasukan Real Madrid atau Barcelona yang paling hebat bila berdepan dengan sepakan penalti di bumi Sepanyol. Diego Alves yang pernah menjadi benteng kubu pertahanan terakhir untuk pasukan Valencia dan UD Almería yang sebenarnya merupakan penjaga gol paling hebat menyelamatkan sepakan penalti di La Liga, sebanyak 22 kali dalam 270 perlawanan.

Andrés Palop berada di belakang Diego Alves sebanyak 11 kali dalam 283 perlawanan bersama 3 pasukan dan Iker Casillas juga sebanyak 11 kali dalam 510 perlawanan, hanya bersama dengan 1 pasukan iaitu Real Madrid.

PREMIER LEAGUE

Korang rasa siapa penjaga gol paling hebat menyelamatkan sepakan penalti di liga yang paling popular di dunia? Walaupun Tottenham Hotspur tak pernah lagi merasa pegang piala Premier League, tapi bekas penjaga gol utama Tottenham Hotspur yang kini beraksi bersama Watfrod, Heurelho Gomes masih lagi memegang rekod penjaga gol yang paling hebat menyelamatkan sepakan penalti di Premier League dengan rekod, 11 kali dalam 195 perlawanan.

Yang ikut rapat di belakang Heurelho Gomes adalah bekas penjaga gol utama Liverpool, Simon Mignolet yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti sebanyak 10 kali dalam 245 perlawanan dan Robert Green yang pernah menjulang piala UEFA Europa League 2019 bersama Chelsea walaupun tak pernah langsung diturunkan dalam sebarang perlawanan bersama Chelsea, merupakan penjaga gol ke-3 terbaik dalam menyelamatkan sepakan penalti dengan rekod, 9 kali dalam 267 perlawanan Premier League.

KATALAKI: Kalau korang nak baca statistik yang pelik pasal bola, boleh baca kat sini.

Last modified: 30 March 2020