Penjelasan Mengenai Teloq Daripada Teloq Kepada Teloq

Sembang

Ni lah dia telur yang paling famous di dunia sekarang ni. Telur yang viral disebabkan kata sepakat manusia yang wujud kat dunia ni untuk kalahkan gambar Kylie Jenner yang paling banyak dapat like di Instagram sebelum ni. Ni lah jumlah like yang berjaya dikumpul oleh @world_record_egg setakat ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EGG GANG 🌍 (@world_record_egg) on

Sebelum ni, gambar Kylie Jenner ni yang paling banyak dapat like kat Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Setakat ni takde siapa pun tahu siapa pemilik akaun Instagram @world_record_egg yang sekarang ni dah capai lebih daripada 5 Juta followers! Makkk aih. Tak sampai dua hari dah berjuta followers!

Ada Beberapa Persoalan Yang Timbul Pasal Telur Ni

Dah tak pasal-pasal kita serabut disebabkan sebiji telur! Korang rasa apa muslihat ataupun cerita disebalik telur yang viral ni? Kami senaraikan satu per satu persoalan yang timbul dalam otak kita semua yang benak ni. Harap-harapnya sel-sel otak korang semua berhubung.

Perper

Antara korang, mesti ada yang dah like gak gambar ni, ada yang tak nak pun like dan ada gak yang goyang telur je tak tahu langsung pun pasal telur ni. Korang yang mana satu?

Ada yang like sebab nak telur ni kalahkan gambar Kylie Jenner, ada yang like sebab tak peduli pasal Kylie Jenner tapi nak participate juga dan ada juga yang dah tengok gambar ni tak nak like sebab ni semua Illuminati!! Korang yang mana satu?

Perdu

Mungkin juga pemilik Instagram @world_record_egg sebenarnya nak uji macam mana caranya untuk tarik perhatian manusia kat dunia ni dengan sekelip mata. Kenapa pilih gambar telur? Kenapa gunakan nama Kylie Jenner? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Perke

Mungkin sebenarnya telur ni teaser untuk sesuatu produk yang akan menyusul nanti? Produk ni termasuklah movie ke, lagu ke, penyanyi ke, iklan ke atau apa-apa je yang boleh bawa keuntungan kepada bro telur ni. Dah berjuta followers kot. Takkan nak sia-siakan macam tu je.

Perpat

Korang perasan tak, Instagram @world_record_egg ni takde guna satu perkataan atau ayat pun suruh follow Instagram ni. Tapi boleh gak dapat berjuta followers. Korang kena tengok juga, walaupun berjaya dapat berpuluh juta like untuk gambar sebiji telur, tapi belum lagi boleh dapat berpuluh juta followers. Maknanya manusia kat dunia ni yang aktif gunakan Instagram, lebih bermurah hati untuk bagi like daripada follow. Korang kalau scroll Instagram rajin like gambar orang lain tak? Korang like sebab apa? Sebab gambar yang di post memang cantik? Sebab nak orang tu perasan gambarnya di like oleh korang? Atau korang like ikut mood korang?

Kesimpulannya, manusia memang senang tertarik dengan sesuatu benda yang tengah hangat diperkatakan terutama sekali dengan kecanggihan media sosial sekarang ni. Macam tu juga la terjadi kalau benda-benda luar biasa yang dapat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial. Cepat betul berita terbang diawangan. Kalau David Beckham kentut berjaya direkod pun, sampai Cameron Highlands boleh bau.

Bila citer pasal telur ni. Tiba tiba rasa lapar pulak an? Ni tadi aku terjumpa promosi menarik untuk menu Signature Biram Fatta Ayam atau Daging. Korang kena bayar RM21.90 instead of RM43.80. Dah kira separuh harga tu geng! Kalau berminat, korang klik je KAT SINI.

KATALAKI: Pemilik Instagram telur ni memang seorang yang bijak macam kancil.

Last modified: 5 April 2019