Perabot IKEA Dari Pembalakan Haram??

Sembang, ZAP, ZeKool

IKEA bukan lah jenama perabot yang biasa-biasa. Semenjak bertapak di Malaysia, rata-rata rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah menjadikan perabot IKEA sebagai salah satu pilihan utama ketika nak beli perabot. Walaupun ada yang kata harga perabot IKEA sedikit mahal berbanding kedai perabot yang biasa, tapi itu tidak menjadi penghalang untuk membeli barangan IKEA. 

Berita terbaru mengenai IKEA ni melaporkan bahawa syarikat perabot gergasi itu telah mengeksploit hasil pembalakan haram di salah satu hutan terbesar di Eropah untuk menghasilkan beberapa produk perabot mereka. Laporan daripada hasil siasatan oleh Channel News 4 itu boleh dilihat agak berat terhadap IKEA memandangkan syarikat itu bukan lah syarikat yang dilihat akan melakukan aktiviti seperti pembalakan haram. Antara produk perabot yang didapati menggunakan bahan hasil daripada pembalakan haram itu adalah seperti iIngolf, Henriksdal dan juga Folding Terje Chair

Menurut laporan yang dikeluarkan, Gunung Carpathian (kawasan pembalakan) merupakan habitat penting untuk sesetengah hidupan liar yang rare. Sebagai syarikat pengeluar perabot kayu terbesar di dunia, dan juga merupakan syarikat yang menjadikan hasil pembalakan sebagai sumber, IKEA menyatakan bahawa syarikat itu hanya menggunakan hasil kayu daripada sumber yang sah tanpa merosakkan alam sekitar. 

BETUL KE IKEA BERSALAH?

Hasil siasatan Channel 4 News bersama dengan NGO alam sekitar, Earthsight, mendapati bahawa pembekal kayu balak di Ukraine yang melakukan pembalakan haram tersebut. Pembekal kayu balak tersebut turut mempunyai rekod pelanggaran undang-undang kehutanan dan alam sekitar negara itu. Proses pembalakan dijalankan oleh syarikat pembekal kayu tersebut dan bukannya direct dari IKEA. Tetapi IKEA tetap menjadi syarikat yang menerima hasil dari pembalakan haram tersebut. Walau bagaimanapun, IKEA mengatakan bahawa mereka sedang membuat siasatan terhadap tuduhan tersebut. Jadi kes ini masih belum konklusif lagi dan masih diperingkat siasatan. 

BAHAYA PEMBALAKAN HARAM TERHADAP ALAM SEKITAR

Isu berkenaan pembalakan haram ni boleh dilihat antara isu yang kurang mendapat perhatian secara majoriti. Mungkin disebabkan majoriti rakyat tidak tinggal di dalam hutan, maka tak nampak lah kesan buruk dari pembalakan haram. Malaysia juga tidak terlepas daripada isu ini.

Bukan lah nak kata kita tak boleh langsung untuk buat aktiviti pembalakan sebabnya daripada aktiviti ini juga lah ia menjadi salah satu sumber ekonomi negara. Tapi prosedur yang sah di sisi undang-undang harus lah dipatuhi bagi memastikan tidak berlakunya kemusnahan alam sekitar. Antara kesan buruk jika pembalakan haram dilakukan secara terus menerus adalah seperti terjadinya hakisan tanah. Hakisan tanah ini jika dibiarkan ia akan mengakibatkan banjir pula kepada kawasan berhampiran. Kejadian banjir akibat hakisan tanah ini sudah pun terjadi di beberapa kawasan di Malaysia dan telah mengakibatkan kerugian kepada mangsa.

Selain itu, habitat flora dan fauna serta hidupan liar turut terjejas dan musnah. Hasil hutan seharusnya dijaga kerana ia merupakan paru-paru kepada bumi kita. Tak ada pokok, tak ada oksigen weh. Jadi harapnya masyarakat Malaysia selepas ni lebih cakna dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar. 

KATALAKI: Perabot IKEA memang lawa, tapi tak nak lah dari hasil pembalakan haram…

Last modified: 25 June 2020