Perak Tapau Piala Malaysia 2018

Aktif, Bola

Sabtu lepas kita dah saksikan perlawanan final Piala Malaysia yang mendebarkan di antara pasukan Terengganu dan Perak di Stadium Shah Alam.

Perak yang ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan 2 gol penting untuk melanjutkan perlawanan ke masa tambahan.

Terengganu sekali lagi mendahului perlawanan menjadikan kedudukan jaringan 3-2 sebelum pertahanan Terengganu yang bercelaru menjaringkan gol sendiri pada minit ke-120 masa tambahan. Perak sah juara Piala Malaysia selepas penjaga gol mereka, Muhammad Hafizul Hakim save 2 sepakan penalti Terengganu. Gempak! Tahniah kepada pasukan Perak dan happy holiday Perakians!

 

Ini antara fakta menarik Juara Piala Malaysia 2018, Perak FA.

Kronologi Keputusan Pengadil Final Piala Malaysia 2018

Salah satu bualan hangat final Piala Malaysia 2018 dah tentu sekali pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman  yang dikatakan gagal mengawal perlawanan dengan baik. Bawah ni kronologi keputusan pengadil sepanjang perlawanan.

Minit ke-31

Jaringan pemain perak, Leandro dos Santos dibatalkan sebab Leandro didakwa mengasari penjaga gol Terengganu.

Minit ke-34

Pemain Perak, Wander Luiz dilayang kad kuning sebab bantah keputusan pengadil.

Minit ke-36

Pemain Terengganu, Lee Tuck dilayang kad kuning sebab tackle pemain Perak.

Minit ke-49

Gol Perak menerusi Gilmar da Silva dibatalkan sebab offside.

Minit ke-56

Pemain Perak, Gilmar da Silva kena kad merah selepas mengutip kad kuning kedua dan pemain Terengganu, Igor Zonjic juga dilayang kad kuning selepas berlakunya insiden salah faham antara pemain.

Minit ke-66

Pemain Terengganu, Lee Tuck dilayang kad merah selepas menerima kad kuning kedua.

Minit ke-120

Pemain Perak, Leandro dos Santos dilayangkan kad kuning selepas sengaja “menganjing” pemain Terengganu, Igor Zonjic yang menjaringkan gol sendiri. 

Reaksi Netizen

Bukan je suasana kat stadium je kecoh, kat Twitter pun netizen bising pasal final Piala Malaysia 2018.

Kali Ke-3 Final Piala Malaysia Terengganu VS Perak

Mula dikenali dengan Piala Malaya sejak 1921 dan ditukarkan nama kepada Piala Malaysia pada 1967, dah 3 kali Terengganu bertemu Perak di peringkat final. Ni antara rekod pertemuan antara Terengganu dan Perak.

Final Piala Malaysia 1998

Perak 1 – 1 Terengganu (Perak menang penalti 5 – 3)

Final Piala Malaysia 2001

Terengganu 2 – 1 Perak

Final Piala Malaysia 2018

Terengganu 3 – 3 Perak (Perak menang penalti 4 – 1)

2018 Deja Vu tahun 1998

Sama ada suratan atau kebetulan, ada beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun 1998 terjadi semula pada tahun 2018. Serius dol!

1998

Perancis menang Piala Dunia.

Tun Dr Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia.

Perak kalahkan Terengganu di final Piala Malaysia menerusi penalti.

2018

Perancis menang Piala Dunia.

Tun Dr Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia.

Perak kalahkan Terengganu di final Piala Malaysia menerusi penalti.

8 Kali Perak Juara Piala Malaysia

Kali terakhir Perak beraksi di final Piala Malaysia ialah pada 11 tahun yang lepas ditewaskan oleh pasukan Kedah dengan jaringan 3-0.

Tahun 2018, Perak berjaya julang Piala Malaysia untuk kali ke-8. Tahniah yob!

Walaupun final Piala Malaysia sabtu lepas dihiasi dengan insiden-insiden yang kontroversi, tapi mutu serangan kedua-dua pasukan memang baek. Personally, aku suka dan teruja dengan gol pemain Terengganu, Mohd Faiz Mohd Nasir minit ke-96. Baek der!

KATALAKI: Untung la kome cuti hari isnin. Kejor yob kejor!

Last modified: 31 October 2018

2 Responses to :
Perak Tapau Piala Malaysia 2018

  1. rezzal says:

    the most dramatic final Malaysia Cup ever… berdebar sampai ke saat akhir, dowh..

    1. IJALAZHAR says:

      Tauu takpe. Sakit tekak menjerit!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *