Peralatan Basic Perlu Ada Untuk Jadi Youtuber!

Gadget, Tech

Youtube boleh dikatakan antara platform yang paling popular di seluruh dunia untuk share segala video content. Ianya juga merupakan antara platform yang bagus untuk orang ramai menunjukan bakat mereka, promote diri dan perniagaan mereka, jadi celebrity online dan dalam masa yang sama buat extra money!

Untuk korang yang baru start nak menjadi seorang Youtuber, korang tak perlu nak spend duit yang banyak untuk bermula. Cukup gunakan apa yang korang ada sekarang dan budget yang sedikit. Tak guna korang ada equipment yang mahal tapi video korang tak menarik. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa equipment basic yang korang perlu ada untuk jadi Youtuber terkenal satu hari nanti.

SMARTPHONE

Untuk bermula, korang sebenarnya tak perlukan camera DSLR yang mahal-mahal pun. Cukup korang guna smartphone korang dah cukup bagus dah sebenarnya. Banyak smartphone yang murah-murah dan mempunyai quality camera yang bagus sekarang.

Contohnya smartphone Realme 3 Pro ini. Harga pun dalam lingkungan RM1000 sahaja dan quality video dia boleh tahan juga. Ataupun HONOR 8X yang harga dia cuma bawah RM900 ini pun bagus juga. Senang cerita kalau smartphone korang boleh rakam video dengan resolusi 1080p dengan 30 atau 60fps korang dah boleh start rakam video dah bro! Klik sini kalau korang berminat dengan Realme 3 Pro ataupun HONOR 8X yang aku tunjuk ini.

TRIPOD

Tripod ini adalah salah satu equipment yang penting juga bila korang nak rakam video. Fungsi tripod ini adalah untuk hold korang punya camera atau smartphone bila korang rakam video supaya rakaman video korang tak bergegar dan nampak kemas.

Kalau korang cuma gunakan smartphone ataupun digital camera untuk rakam video, ada tiga jenis tripod yang korang boleh beli. Yang pertama tripod jenis standard, yang kedua handheld tripod dan yang ketiga mini tripod or grip tripod. Harga dorang pun murah-murah sahaja tak sampai RM100 pun satu. Korang boleh check out harga dia dekat SINI.

RING LIGHT

Kalau korang nak buat content macam vlog or content yang mostly perlukan korang duduk depan camera, aku cadangkan untuk korang dapatkan ring light ini. Fungsi ring light ini untuk bagi light quality video korang lagi bagus dan tak nampak gelap.

Ada ring light yang korang boleh terus attach dekat smartphone korang dan ada juga jenis ring light yang siap datang dengan tripod. Kalau aku, aku lebih prefer ring light yang datang dengan tripod sebab lagi senang nak setup bila korang rakam video. Korang boleh usya ring light yang aku cakap ini dekat SINI.

EDITING APPS

Dah ada equipment semua tapi kalau tak pandai nak edit video pun susah juga bro. Kalau korang rakam video menggunakan smartphone, ada beberapa apps yang korang boleh gunakan dan korang boleh edit terus video korang dekat smartphone. Tak perlu nak transfer video korang pergi dekat laptop dan PC dah.

Masa aku mula-mula jadi Youtuber dulu pun, aku memang gunakan smartphone untuk rakam video dan edit video dekat smartphone. Antara apps yang aku paling suka guna dan aku rasa paling senang nak guna adalah FilmoraGo. Apps ini percuma saja dekat Playstore dan juga di App Store.

KATALAKI: Senang cerita korang guna sahaja apa yang korang ada. Tapi please jangan rakam video bodoh lepas itu upload dekat Youtube please!

Last modified: 8 June 2019