Perang The Gunners & The Reds

Aktif, Bola

Sumber Gambar : premierleague.com

Arsenal F.C. dan Liverpool F.C. merupakan dua kelab bola sepak yang mempunyai fan base yang ramai di Malaysia. Cuba tanya dalam kalangan kawan-kawan korang, mesti ada dua tiga orang yang sokong Arsenal dan Liverpool.

Awal pagi Ahad, 4 November ni kita akan dapat saksikan, pertemuan pertama Arsenal dan Liverpool dalam saingan Premier League 2018/2019. Liverpool yang belum lagi pernah kalah dalam musim ni akan datang melawat Arsenal di Emirates Stadium, yang semakin menunjukkan corak permainan yang fancy dan cantik di bawah kendalian Big Boss baru Unai Emery. Gambar bawah ni kedudukan terkini Premier League 2018/2019.

Sumber Gambar : premierleague.com

Dalam artikel kali ni aku nak kongsikan dengan korang antara analisis dan statistik menarik game Arsenal VS Liverpool nanti.

Rekod Pertemuan

Kali terakhir Arsenal dan Liverpool bersaing sengit sehingga ke  penghujung musim Premier League ialah pada musim 2016/2017. Liverpool yang menamatkan musim 2016/2017 di tempat ke-4 menafikan peluang Arsenal untuk beraksi di pentas UEFA Champions League 2017/2018. Usha gambar bawah kedudukan liga musim 2016/2017.

Pertembungan terakhir Arsenal dan Liverpool dalam Premier League ialah pada 22 Disember 2017 berakhir dengan keputusan seri 3-3. Masa tu Alexis Sanchez masih lagi menyarung jersi Arsenal. Ada ke fans Arsenal yang rindu Alexis Sanchez?

Jurgen Klopp VS Unai Emery

Jurgen Klopp yang dah 3 tahun mengendalikan Liverpool, famous dengan corak permainan “Gegenpressing”. Jurgen Klopp mulakan tugas sebagai manager Liverpool pada separuh musim 2015/2016, 8 Oktober 2015 dan menamatkan musim tersebut di tempat ke-8 liga. Masa musim ni la Leicester City gempak berjaya kalahkan semua kelab “Big Six” untuk jadi juara Premier League 2015/2016. Masa ni Jurgen Klopp siap kena troll “Jurgen Flop”! Musim 2016/2017 dan 2017/2018 Jurgen Klopp bangkit bersama Liverpool untuk tamatkan kedua-dua musim di kedudukan top 4.

Unai Emery mula jadi Big Boss di Arsenal pada 23 May 2018 menggantikan the legendary Arsene Wenger. Walaupun pada awal musim ramai yang was-was dengan keupayaan Unai Emery, kini Unai Emery dan pasukannya fokus mengekalkan rekod perlawanan tanpa kalah. Setakat ni Arsenal dah lalui 8 perlawanan tanpa kalah daripada 10 perlawanan. Korang boleh tengok sendiri attacking movement menarik daripada Arsenal baru-baru ni kat bawah ni.

Ozil, Aubameyang, Lacazette VS Mo Salah, Firmino, Mane

Pertembungan kali ni kita dapat saksikan jentera serangan yang mantap daripada Arsenal dan Liverpool yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri.

Sumber Gambar : getty images

Dengan prestasi Mesut Ozil yang kembali tajam di atas padang, ditambah pula dengan gabungan bff Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, confirm perlawanan hujung minggu ni dorang akan buktikan Arsenal is back!

Sumber Gambar : thisisanfield.com

Jangan dilupa trio yang selalu diberi perhatian bukan je dalam Premier League, juga di pentas eropah, Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane pasti akan mencari jalan untuk menggegarkan gawang gol Arsenal. Saksikan sendiri persaingan sengit jumlah jaringan gol oleh Aubameyang, Mane dan Salah untuk musim kali ni. Mantappp.

Sumber Gambar : premierleague.com

So, korang rasa game ni team mana yang boleh menang? Liverpool antara favourite team untuk jadi juara Premier League 2017/2018 dengan rekod tak pernah kalah lagi musim ni. Arsenal pula semakin hari semakin baek permainan yang ditunjukkan.

Bagi aku Arsenal ada kelebihan untuk menang dalam game ni sebab main kat rumah sendiri, Emirates Stadium! Tapi jangan pandang sebelah mata dengan Liverpool, dorang ni datang rumah orang selamba je lauk team tu! Sama-sama kita nantikan perlawanan epik ni.

KATALAKI: Berapa ramai fans Liverpool dan Arsenal kat sini? Cer korang comment #COYG atau #YNWA kat bawah.

Last modified: 7 November 2018