Perbuatan Harian Yang Boleh buat Korang Dipenjara!

Sembang

Bunyi macam serious-kan? Tahukah korang sebenarnya banyak perkara yang korang lakukan setiap hari atau perkara yang nampak macam tak ada apa-apa sebenarnya boleh buatkan korang dipenjara. Ini termasuklah benda yang korang buat in real life dan juga semasa korang melayari internet.

via GIPHY

Tak dinafikan kita semua bukannya malaikat dan boleh dikatakan semua orang pernah melakukan kesalahan. Ini termasuklah buang sampah merata-rata dan juga melanggar lampu merah. Walaupun korang cakap korang rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang, tapi sebenarnya korang tak sedar korang tengah buat jenayah. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa jenayah yang tanpa sedar korang lakukan setiap hari!

STREAMING CONTENT

Ramai diantara kita yang suka tengok streaming content. Walaupun kita ada streaming website yang sah seperti Netflix dan Iflix, ada beberapa content yang kita nak tengok tapi tiada dekat website tersebut. Jadi bila website tersebut tiada content yang kita nak tengok, kita akan pergi ke websitewebsite haram untuk tengok content yang kita nak.

Walaupun upload illegal content sememangnya satu kesalahan jenayah, tapi mereka yang tengok content tersebut buat masa ini masih berada didalam grey area. Tapi ini mungkin akan berubah kerana pada tahun 2017, EU court telah mengeluarkan satu undang-undang yang menyatakan mereka yang streaming illegal content akan disabitkan sebagai jenayah civil. Jadi berhati-hatilah ye masa korang streaming movie dekat website haram!

FAKE NAME

Aku tahu ramai yang tak nak dedahkan nama sebenar dorang dekat internet. Sebab itu kalau korang buka Facebook, Instagram dan Twitter, mesti ada yang guna nama “AbangKesepian“, “AdamTipTopApacheKuSereng” dan banyak lagi. Bila dorang menggunakan nama-nama fake macam ini, dorang selalunya berani untuk komen benda-benda yang agak kurang ajar dekat post-post orang lain sebab dorang yakin tiada siapa yang tahu diri dorang yang sebenar.

Tapi kalau korang nak tahu, ini merupakan satu kesalahan cyber menurut akta Cyber Fraud and Abuse! Pada tahun 2010, seorang pengawal penjara di Amerika telah didenda sebanyak USD500 kerana menggunakan nama palsu pada profile Facebook miliknya. Perkara ini merupakan salah satu cara kerajaan membasmi online harassment dan berita-berita palsu yang semakin banyak disebarkan di internet.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

Tahukah korang yang korang tak boleh menyanyikan lagu Happy Birthday dihadapan orang ramai? Lagu ini sebenarnya telah di copyright pada tahun 80an oleh Time Warner dengan harga USD25 juta dan ini membuatkan korang diharamkan untuk menggunakan lagu ini dan menyanyikannya di khalayak ramai tanpa izin Time Warner.

Kalau kena tangkap, korang mungkin akan disaman dan perlu membayar denda yang sangat tinggi. Sebab itu kalau korang tengok movie, lagu happy birthday jarang digunakan dan kalau ada pun, ini disebabkan mereka telah membayar royalti kepada Time Warner sebanyak USD2 juta setiap tahun. Tapi korang tak perlu risau sebab kalau korang nyanyi dekat rumah, ia bukan satu kesalahan!

KATALAKI: Jadilah masyarakat yang patuhi undang-undang ye. Tak naklah masuk lokap nanti orang tanya atas kesalahan apa, korang bagi tahu sebab upload movie Upin dan Ipin secara haram dekat Facebook!

Last modified: 8 June 2019