Performance VS Camera – Smartphone ‘Pro’ atau ’10’ Pilihan Korang?

Gadget, Tech

Minggu ini, beberapa buah smartphone telah dilancarkan dan terdapat dua smartphone yang berjaya menarik minat aku. Kedua-dua smartphone mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Dua smartphone tersebut adalah Realme X2 Pro dan juga Xiaomi Mi Note 10. Jum kita tengok smartphone mana yang lebih berbaloi!

REALME X2 PRO

Kalau korang nak tahu, Realme X2 Pro merupakan smartphone flagship pertama yang dikeluarkan oleh Realme. Sebelum ini mereka memang sangat terkenal dengan smartphone mid range dan entry level mereka yang mana walaupun jenama mereka masih baru, mereka berjaya membuat beberapa jenama smartphone lain goyah dengan smartphone yang mereka keluarkan.

Dan kali ini, dengan mengeluarkan Realme X2 Pro, mereka sekali lagi mengganggu market flagship smartphone jenama-jenama lain. Spec yang mereka letak pada Realme X2 Pro ini sememangnya menjadi idaman ramai pengguna cuma sebelum ini, pengguna cuma boleh mendapatkan spec seperti ini pada smartphone yang harganya melebihi RM3,000!

Satu benda yang membuatkan ramai orang berminat dengan Realme X2 Pro ini adalah processor yang diletakkan pada smartphone ini. Realme X2 Pro menggunakan Qualcomm Snapdragon 855+, processor yang sebelum ini cuma terdapat pada gaming smartphone seperti ASUS ROG Phone 2 dan juga Xiaomi Black Shark 2 Pro.

Ia juga mempunyai RAM sebesar 12GB dan 256GB storage. Screen untuk Realme X2 Pro ini juga cukup besar iaitu bersaiz 6.5 inci Super AMOLED. Screen untuk smartphone Realme X2 Pro ini juga mempunyai refresh rate 90Hz. Bagi bahagian camera, Realme X2 Pro mempunyai quad rear camera setup sebesar 64 megapixel, 13 megapixel, 8 megapixel ultra wide dan 2 megapixel bokeh lens. Untuk camera hadapan pula, ia mempunyai camera sebesar 16 megapixel.

Battery untuk smartphone Realme X2 Pro juga agak besar iaitu sebesar 4,000mAh dan mempunyai feature SuperVOOC 50W yang mana mampu mengecas peranti dari 0 peratus sehingga 100 peratus dalam masa 30 minit sahaja! Terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu warna Neptune Blue dan Lunar White. Harga untuk smartphone Realme X2 Pro ini pula boleh dikatakan sangat murah berbanding smartphone yang mempunyai spec yang sama iaitu cuma RM2399 sahaja!

XIAOMI MI NOTE 10

Smartphone Xiaomi Mi Note 10 merupakan satu lagi smartphone yang berjaya menarik minat aku untuk smartphone yang diperkenalkan pada minggu ini. Kalau Realme X2 Pro boleh berbangga dengan performance yang dorang tawarkan, Xiaomi Mi Note 10 pula nampaknya lebih fokus kepada bahagian camera.

Spec untuk smartphone Xiaomi Mi Note 10 juga boleh dikatakan agak bagus. Pada bahagian processor, smartphone Xiaomi Mi Note 10 ini menggunakan Snapdragon 730G dengan RAM sebesar 6GB dan 128GB storage. Battery untuk smartphone ini juga sangat besar iaitu sebesar 5,260mAh!

Tapi seperti yang aku cakap, yang menariknya untuk smartphone Xiaomi Mi Note 10 ini adalah bahagian camera yang diletakkan. Xiaomi Mi Note 10 mempunyai penta rear camera setup yang mana ia meletakkan lima camera belakang! bukan itu sahaja, camera utamanya adalah sebesar 108 megapixel! Empat lens lain adalah 12 megapixel untuk potret, 20 megapixel ultra wide lens, 5 megapixel ultra telephoto dan 2 megapixel macro lens. Untuk camera hadapan pula ia menggunakan lens sebesar 32 megapixel.

Xiaomi juga menyatakan yang smartphone Xiaomi Mi Note 10 ini mampu merakam slow-mo video 960fps dan video 4K dengan 30fps. Ia juga turut didatangkan dengan feature Ultra Stability dan kualiti rakaman audio yang tinggi semasa digunakan untuk merakam video.

Terdapat tiga warna yang korang boleh pilih iaitu Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black. Terdapat dua variasi yang korang boleh pilih iaitu untuk Xiaomi Mi Note 10 ia akan didatangkan dengan RAM 8GB dan 256GB storage. Xiaomi Mi Note 10 akan dijual pada harga RM2099 manakala untuk Xiaomi Mi Note Pro pula dijual pada harga RM2499 sahaja!

YANG MANA LEBIH BAGUS?

Bargantung kepada korang. Kalau korang rasa korang perlukan smartphone yang mempunyai camera yang bagus, aku syorkan korang beli Xiaomi Mi Note 10 kerana ia diiktiraf oleh DXOMark dan dikatakan setaraf dengan camera yang terdapat pada Huawei Mate 30 Pro! Senang cerita quality gambar bila korang tangkap guna Xiaomi Mi Note 10 ini memang terbaik.

Tapi kalau korang nak performance yang mantap, Realme X2 Pro adalah smartphone yang terbaik yang korang boleh beli. Korang perlu ingat, setakat hari ini, hanya Realme X2 Pro sahaja yang menggunakan processor Snapdragon 855+ dan dijual pada harga RM2,500 kebawah. ASUS ROG Phone sekarang berharga RM3,499 manakala Xiaomi Black Shark 2 Pro pula berharga RM2,999 untuk versi 12GB RAM dan 256GB Storage.

Kalau korang tanya aku, aku akan pilih Realme X2 Pro disebabkan processor yang dia gunakan untuk smartphone ini. Kalau korang seorang mobile gamer, Realme X2 Pro ini adalah gaming smartphone yang paling murah yang ada dekat pasaran sekarang!

KATALAKI: Tahun ni je dah berapa banyak smartphone aku beli, takkan nak kena beli Realme X2 Pro pulak kali ni hahahaha!

 

 

Last modified: 5 December 2019