Perjalanan Harimau Malaya Menuju Ke Final AFF U-15 Championship

Aktif, Bola

Pemain pelapis yang bakal berjuang suatu hari nanti untuk menyarung jersi pasukan bola sepak senior Harimau Malaya, sekarang ni tengah berjuang dalam AFF U-15 Championship di Thailand. Baru-baru ni, skuad B-15 Malaysia berjaya menewaskan Australia dengan keputusan 0-3. Setakat ni tak pernah lagi bolos!

Sebelum berjaya menewaskan Australia, skuad B-15 Malaysia juga dah mengalahkan pasukan Kemboja dengan jaringan gol 2-0 dan Brunei dengan jaringan 8-0. Mantap.

Setakat ni, pada 2 Ogos 2019, Malaysia berkongsi jumlah mata yang sama dengan Thailand untuk mendahului kumpulan B, dipisahkan menerusi perbezaan gol.

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Laos pada 3 Ogos 2019 dan Thailand pada 5 Ogos 2019.

Image Via : fam.org.my

Peluang skuad B-15 Malaysia yang dipimpin oleh ketua jurulatih, P. Maniam setakat ni masih lagi cerah untuk layak ke peringkat separuh akhir memandangkan Malaysia tak pernah lagi kalah dan bolos dalam perlawanan sebelum ni. Perlawanan separuh akhir dijadualkan akan berlangsung pada 7 Ogos 2019 dan perlawanan akhir pada 9 Ogos 2019.

KATALAKI: Kalau Malaysia berjaya kalahkan Laos dan Thailand boleh menang menentang Australia pada 3 Ogos 2019, memang ngam lah tu untuk Malaysia layak ke separuh akhir.

Last modified: 5 August 2019