Penyokong Arsenal yakin tak dengan Mikel Arteta sebagai pengurus Arsenal yang terbaru selepas secara rasmi dilantik pada 20 Disember 2019? Setakat 3 perlawanan, Mikel Arteta dah berjaya bimbing Arsenal untuk menang 1 perlawanan, seri 1 perlawanan dan kalah 1 perlawanan. Menang, seri dan kalah semua dah pernah rasa. Panjang lagi perjalanan Mikel Arteta untuk membuktikan kepada penyokong Arsenal kenapa Mikel Arteta sanggup tinggalkan Manchester City demi membentuk semula Arsenal yang kucar-kacir selepas tamat zaman kegemilangan Arsene Wenger.
🥁 Introducing our new head coach…
Mikel Arteta ✍️ pic.twitter.com/PTmElGDMR3
— Arsenal (@Arsenal) December 20, 2019
Thank you all for the warm welcome, I feel very honoured and happy to be back.
Now let’s get to work @arsenal pic.twitter.com/ybmGulCw5L— Mikel Arteta (@m8arteta) December 21, 2019
Sebelum mula terlibat dalam bidang kejurulatihan, Mikel Arteta memulakan langkah pertama dalam bidang bola sepak bersama pasukan bola sepak remaja amatur yang dikenali sebagai Antiguoko di Sepanyol. Masa kat Antiguoko, Mikel Arteta mula berkenalan dan berkawan rapat dengan Xabi Alonso.
Pada tahun 1997 ketika berumur 15 tahun, Mikel Arteta diterima untuk masuk ke akademi bola sepak Barcelona dan Xabi Alonso berpindah ke akademi bola sepak Real Sociedad. Selama 2 tahun bakat Mikel Arteta diasah oleh Barcelona, Mikel Arteta gagal menyerlah untuk disenaraikan bersama pasukan senior Barcelona dan seterusnya dipinjamkan ke Paris Saint-Germain pada tahun 2001.
Happy 35th birthday to former PSG player Mikel Arteta !! 😉🎂#PSGbirthday
2️⃣0️⃣0️⃣1️⃣ ➡️ 2️⃣0️⃣0️⃣2️⃣
5️⃣3️⃣ matches
5️⃣ goals ⚽️ pic.twitter.com/T8lfDdvZBn— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 26, 2017
Bersama Paris Saint-Germain selama 1 musim, Mikel Arteta dibeli oleh Rangers FC pada tahun 2004 untuk beraksi di liga bola sepak Scotland selama 2 musim. Pada tahun 2004, Mikel Arteta berpindah pasukan lagi, kali ni dibeli oleh Real Sociedad untuk digandingkan semula bersama Xabi Alonso. Malang sekali, Xabi Alonso buat keputusan untuk berpindah ke Liverpool pada tahun yang sama. Prestasi Mikel Arteta kurang menyerlah ketika beraksi bersama Real Sociedad dan dipinjamkan ke Everton di pertengahan musim sebelum dibeli secara rasmi di penghujung musim.
1️⃣7️⃣4️⃣ #PL appearances
2️⃣7️⃣ goals#OnThisDay in 2005, @m8arteta joined @Everton 💙 pic.twitter.com/dDhm3KmBDm— Premier League (@premierleague) July 15, 2018
Selama 6 tahun beraksi bersama Everton, Mikel Arteta berjaya menang anugerah Everton Player of the Season untuk musim 2005/06 dan 2006/07 dan berjaya jaringkan 35 gol dan mencipta 33 bantuan gol dalam 209 perlawanan.
Spanish midfielder Mikel Arteta has signed a four-year deal with Arsenal from Everton for an undisclosed fee
— Arsenal (@Arsenal) August 31, 2011
Pada tahun 2011, Mikel Arteta dibeli oleh Arsenal untuk mengemudi bahagian tengah dan dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada tahun 2014. 5 tahun bersama dengan Arsenal, Mikel Arteta berjaya menang 4 piala antaranya FA Cup dan FA Community Shield pada tahun 2014 dan 2015.
Hi all, here a statement from me on the next chapter in my football career… pic.twitter.com/2Xb9VifCog
— Mikel Arteta (@m8arteta) July 3, 2016
Selepas bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2016, Mikel Arteta diberi 3 pilihan dalam bidang pengurusan bola sepak sama ada menjadi ketua kepada akademi bola sepak Arsenal, menjadi pembantu Maurico Pochettino di Tottenham Hotspur atau menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City. Korang pun dah tahu la kan Mikel Arteta pilih yang mana.
After a lot of work, commitment and effort we got our huge reward!! Congratulations to our staff and players and thank you for giving us such an amazing year! #premierleaguechampions2019 🎉🏆 pic.twitter.com/tc9tIyh9Oj
— Mikel Arteta (@m8arteta) May 12, 2019
Amazing season making history! What a beautiful journey… pic.twitter.com/tnpEYPrRi0
— Mikel Arteta (@m8arteta) May 19, 2019
Bersama Pep Guardiola di Manchester City sebagai pembantu pengurus, Mikel Arteta berjaya menang piala Premier League, piala EFL dan FA Community Shield sebanyak 2 kali dan FA Cup sekali.
KATALAKI: Gameplay Arsenal sekarang ni pun dah nampak menyeronokkan lepas Mikel Arteta sampai.