Perjalanan Tesseract Dalam Marvel Cinematic Universe

Sembang

Artikel kali ni ada spoiler pasal filem Captain Marvel. Yang tak tengok lagi filem Captain Marvel, pergi tengok dulu baru baca artikel ni okeh. Ada lagi ke yang belum tengok? Serius ah?

Semua dah tahu dalam filem Avengers: Infinity War, Thanos dah berjaya ambil Tesseract daripada Thor dan Loki. Tesseract dimusnahkan dan Thanos berjaya ambil Space Stone kat dalam Tesseract.

Masa post credit scene filem Captain Marvel yang kedua, kucing kesayangan ramai, Goose muntahkan Tesseract kat atas meja Nick Fury. Scene ni yang buat peminat Marvel jiwa kacau tercari-cari macam mana timeline Tesseract ni sebenarnya.

Jom kita semak balik turutan pemilik Tesseract mengikut filem yang dikeluarkan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU).

1. Asgard

Space Stone ialah salah satu Infinity Stones yang diletakkan kat dalam Tesseract dan disimpan di Asgard, kemudiannya dibawa ke bumi dan disorok oleh Asgardian.

2. Captain America: The First Avengers

Masa ni la Johann Schmidt atau juga dikenali sebagai Red Skull berjaya jumpa Tesseract kat bumi. Red Skull yang masa ni tengah berkhidmat dengan HYDRA, dan diburu oleh Captain America. Masa penghujung filem ni, Captain America berjaya kejar Red Skull yang cuba lari dengan Tesseract dalam kapal terbang.

Tesseract kemudiannya jatuh ke dalam laut dan Captain America terkandas bersama kapal terbang. Masa ni la Captain America lama gila beku dalam ais.

Masa tengah dalam misi cari Captain America, bapa Iron Man, Howard Stark berjaya jumpa Tesseract kat dalam laut dan disimpan oleh SHIELD untuk dikaji oleh Howard Stark. Disebabkan kajian Howard Stark ni la yang membolehkan Tony Stark jadi Iron Man.

Howard Stark dalam filem Iron Man (2008)

3. Captain Marvel

Masa Tesseract dijaga oleh SHIELD, Dr Wendy Lawson, juga dikenali sebagai Mar-Vell yang bekerja sebagai scientist SHIELD menggunakan Tesseract untuk projek P.E.G.A.S.U.S. dalam usaha mencipta enjin berkelajuan cahaya. Tesseract disimpan oleh Mar-Vell dalam pesawat angkasa sebelum ditelan oleh Goose.

Bila Goose muntahkan Tesseract kat atas meja Nick Fury masa post credit scene, Tesseract kembali jadi milik SHIELD. Start dari sini, filem MCU seterusnya yang mana ada kemunculan Tesseract?

4. The Avengers

Masa ni Tesseract masih lagi kat bumi dan dijaga oleh SHIELD dan Thanos dah start nak kumpul semua Infinity Stones. Loki dihantar ke bumi untuk curi Tesseract daripada SHIELD. Loki bersama dengan Dr Erik Selvig gunakan Tesseract untuk buka laluan askar-askar Chitauri untuk masuk ke bumi.

Penghujung filem ni, alat yang membolehkan askar-askar Chitauri berjaya dimusnahkan oleh Black Widow menggunakan Mind Stone yang ada dalam tongkat sakti Loki. Akhir sekali, Thor bawa balik Tesseract ke Asgard.

5. Thor: Ragnarok

Asgard musnah di penghujung filem ni disebabkan Hela yang hidupkan semula Surtur. Thor, Loki, Hulk, Korg bersama Asgardian yang lain dan juga Tesseract berjaya lari dari Asgard menggunakan kapal angkasa. Masa post end credit filem ni, kapal angkasa yang dorang naik tu, dipintas oleh satu kapal angkasa besar.

6. Avengers: Infinity War

Masa permulaan filem ni, Thanos berjaya jumpa kapal angkasa yang digunakan oleh Thor, Loki, Hulk, dan Asgardian yang lain lepas lari dari Asgard dalam filem Thor: Ragnarok. Masa ni la Thanos berjaya dapatkan Tesseract, pecahkan Tesseract untuk dapatkan Space Stone dan bunuh Loki.

KATALAKI: Apa kesudahan Space Stone ni lepas Thanos berjaya snap jari dia untuk hapuskan populasi manusia kat bumi, kita tunggu dalam filem Avengers: Endgame April nanti.

Last modified: 8 April 2019