Perkataan Yang Lahir Pada Tahun 2018

Sembang

Korang dah ready tak nak masuk tahun baru 2019? Masuk tahun baru ni korang kena ingat, umur korang pun makin bertambah! Jangan nak cemas sangat. Umur tu nombor je betul? Selain daripada umur, ada juga benda lain yang bertambah dalam kehidupan seharian kita. Apa benda? Perkataan yang selalu kita nampak, dengar dan guna! Jom kita tengok antara perkataan-perkataan baru yang muncul sepanjang tahun 2018. Kreatif betul siapa yang cipta perkataan ni.

Mak Cik Bawang / Membawang

Tak pasal-pasal bawang yang kena. Perkataan “Mak Cik Bawang” atau “Membawang” ni dah muncul kat media sosial pada hujung tahun 2017 sebenarnnya. Perkataan ni masih lagi diguna pakai sampai la sekarang ni nak masuk dah tahun 2019. Apa maksud “Mak Cik Bawang” atau “Membawang” ni? Kalau korang cari dalam kamus sampai 2020 pun korang tak jumpa makna sebenarnya. Mungkin secara kiasan “Mak Cik Bawang” atau “Membawang” ni maksudnya orang yang suka berborak, bergossip atau mengumpat pasal orang lain. Apsal bawang yang kena? Apa salah Mak Cik tu? Sabar brader.

Kalau korang pernah datang kenduri yang makanan dan lauk-pauk kat kenduri tu dimasak oleh orang kampung atau jiran-jiran rumah pengantin tu, kan ada makcik-makcik yang datang merewang beramai-ramai tolong masak. Makcik-makcik tu selalunya sambil nak memasak, potong bawang, lengkuas, timun dan segala jenis sayuran yang nak dimasak, dorang biasanya memang akan berborak pasal si A dan si B. si C pun kadang-kadang kena gak. Mungkin dari situ datangnya perkataan “Mak Cik Bawang” tu. Steady mak cik!

Bosku

Ni lagi satu perkataan yang berlegar-legar kat media sosial sekarang ni. Perkataan “Bosku” ni asalnya selalu diguna pakai oleh orang Sabah. Maksud dia lebih kurang macam bro, brader dan sewaktu dengannya. Tahun 2018, perkataan “Bosku” dah menular kat media sosial sampai diguna pakai oleh netizen kat semua negeri dan ada juga selebriti-selebriti yang selesa gunakan perkataan “Bosku” ni termasuklah kami. Bosskurr!

Atas

 

“Atas” atau dalam bahasa inggeris dikatakan UP ni perkataan yang sering digunakan bila member-member beli barang untuk nampak seperti bangsawan ataupun kelas atasan. Perkataan ni zaman sekarang lebih refer kepada benda-benda atau seseorang yang lakukan benda-benda High End lah senang citer. Contoh: “Nak beli iPhone XMax lah, baru la awek-awek tengok nampak Atas”, “Oh kau selalu lepak dengan dak-dak Atas je”.  

On / Onz 

“Malam ni lepak, on tak on?” ni lagi satu ayat yang paling senang bila kau nak ajak member lepak. Tanya je diorang, “on tak on?”.  Ada yang akan jawap on, ada pulak yang akan reply Onz. Ni pun antara perkataan yang sering digunakan pada tahun 2018. 2 huruf ni je yang aku rasa paling senang untuk semua orang faham kalau berkomunikasi.

Bangsa Final

Lepas Harimau Malaya layak ke final Piala Suzuki AFF 2018 la muncul perkataan ni. Siapa yang cipta dan mana datang? Mungkin yang tak berjaya dapatkan tiket untuk tengok Harimau Malaya beraksi di final kat Stadium Nasional Bukit Jalil hari tu punca tercetusnya perkataan “Bangsa Final” ni. Hari tu kami ada tulis artikel pasal “Bangsa Final” ni. Kalau korang terlepas boleh baca kat sini. Tak kisah la “Bangsa Final” ke “Bangsa Grouping” ke “Bangsa Semi Final” ke, yang penting kita semua dah tunjukkan semangat cintakan Harimau Malaya yang dah berjuang habis-habisan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 kali ni. Selamanya Harimau Malaya!

KATALAKI: Selamat menyambut tahun 2019 kami ucapkan! Tak sabar nak tahu apa perkataan baru untuk 2019 nanti.

Last modified: 3 January 2019