Semua orang ada impian nak jadi seorang jutawan tak kiralah dengan cara apa pun. Ada orang memang dah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya tapi sebenarnya banyak jutawan di Malaysia yang bukan daripada keluarga yang kaya raya.

Image Via: https://www.inc.com
Ada diantara mereka yang hanya bekerja biasa-biasa sebelum nasib dorang berubah dan akhirnya tersenarai sebagai salah seorang jutawan di Malaysia. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa orang jutawan di Malaysia yang bermula daripada zero to millionaire!
TAN SRI TONY FERNANDES
Siapa sahaja yang tak kenal Tan Sri Tony Fernandes? Selain daripada pengasas Tune Group Sdn Bhd yang memperkenalkan AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah pertama di Malaysia, dia juga merupakan bekas pengerusi pasukan bola sepak Queens Park Rangers!

Image Via: https://www.therakyatpost.com
Sebelum menjadi seorang jutawan, Tan Sri Tony Fernandes pernah bekerja dengan Virgin Airlines milik Richard Branson sebagai seorang juruaudit. Kemudian dia telah pulang ke Malaysia dan mengambil keputusan untuk membeli AirAsia pada September 2001. Dia dikatakan mempunyai harta sebanyak USD530 million dan berada di tangga ke 32 Forbes Malaysia’s 50 Richest!
TAN SRI SYED MOKHTAR
Siapa sangka Syed Mokhtar Albukhary pernah bekerja sebagai penternak lembu sebelum dia bergelar jutawan. Dalam masa yang sama ketika dia berusia 19 tahun, dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk supply daging lembu kepada restoran-restoran di sekitar Alor Setar.

Image Via: https://www.usahawan.com
Kemudian pada tahun 1972, dia telah memperolehi permit untuk 4 buah lori yang mana dia menggunakan lori tersebut untuk membuka syarikat pengangkutan dia sendiri yang dipanggil sebagai Syarikat Pengangkutan Sentosa. Kini syarikat ini telah mempunyai lebih daripada 40 buah lori. Tan Sri Syed Mokhtar kini berada di tangga ke 12 dalam senarai Forbes Malaysia’s 50 Richest dengan harta sebanyak USD1.7 billion!
TAN SRI ROBERT KUOK
Memegang gelaran orang paling kaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien pada mula hanya bekerja sebagai seorang office boy sahaja. Selepas tamat pengajian, dia telah bekerja di Singapura sebagai seorang kerani untuk syarikat Jepun pada tahun 1942 sehingga tahun 1945.

image Via: https://www.scmp.com
Dia kini mempunyai pelbagai jenis perniagaan yang terdiri daripada perlombongan sehinggalah ke syarikat hartanah. Dia yang kini berusia 96 tahun masih memegang title orang yang paling kaya di Malaysia menurut Forbes Malaysia’s 50 Richest dengan nilai harta sebanyak USD12.8 billion!
KATALAKI: Kalau korang kena reject, jadilah macam Mendiang Tan Sri Dato Lee Shin Cheng. Lepas 20 tahun, korang beli syarikat yang reject korang tu!