Bila bunyi semboyan dah berkumandang, maknanya korang kena faham yang Harimau Malaya akan turun beraksi di dalam padang untuk menuju ke kejohanan tertinggi di dunia iaitu Piala Dunia 2022.
Selamat pagi anak watan tanah tumpahnya darahku.
Semboyan telah ditiup, hari jumaat ini kita akan start balik job nasional. Come on boysss! #NationalCalling#DemiMalaysia#UTLR pic.twitter.com/BxGMABn2OC
— UM’07 🇲🇾 (@ultrasmalaya07) August 26, 2019
Sebelum bermula perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, Harimau Malaya dijadualkan untuk beraksi dalam perlawanan panas badan bertemu dengan Jordan pada 30 Ogos 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Nak dapatkan tiket, boleh usha kat bawah ni.
Info Tiket Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Malaysia lwn Jordan
* Tiket berharga RM20 (terbuka), RM40 (grandstand) & RM5 (kanak-kanak)
* Tiket hanya dijual secara online di https://t.co/yPVcBAL5ko bermula hari ini hingga 11.59 malam pada Khamis, 29 Ogos 2019#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/vZflyjDBIq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 25, 2019
Pasukan bola sepak kebangsaan Jordan ni bukan biasa-biasa. Setakat artikel ni ditulis pada 26 Ogos 2019, Jordan berada di kedudukan yang ke-99 dan Malaysia berada di kedudukan yang ke-159 dalam senarai FIFA.

Image Via : fifa.com

Image Via : fifa.com
Dalam kejohanan Piala Asia 2019 yang berlangsung pada 5 Januari sehingga 1 Februari 2019 hari tu, Jordan berjaya sampai ke peringkat Round of 16 selepas ditewaskan oleh Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti.
Vietnam players celebrate their penalty shoot-out win against Jordan as they secure their Asian Cup quarter-final place. pic.twitter.com/pIrEJnvgIk
— Squawka News (@SquawkaNews) January 20, 2019
Selepas perlawanan persahabatan bertemu Jordan, Harimau Malaya akan memulakan saingan perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menentang Indonesia pada 5 September 2019 di Gelora Bung Karno, Jakarta dan UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September 2019. Selepas 2 perlawanan tersebut, Harimau Malaya akan meneruskan lagi perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada bulan Oktober, November, Mac 2020 dan Jun 2020.
Jadual Perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023
Berikut jadual penuh lapan perlawanan yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bagi saingan Kumpulan G dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/OAyWWY6BLY
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 17, 2019
Mana la tahu kot-kot kalau korang dah lupa, Malaysia diundi bersama UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam kumpulan G.
🔥🔥 We’re definitely in for a treat. Here’s the #AsianQualifiers Round 2 draw results.
Tell us your thoughts!🤔 pic.twitter.com/aopLq2AOpA
— AFC (@theafcdotcom) July 17, 2019
Ini senarai pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya sebelum menentang Jordan pada 30 Ogos 2019 nanti.
Senarai 27 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 25 Ogos 2019
30 Ogos 2019: Malaysia lwn Jordan
(Perlawanan Antarabangsa Tier 1)5 September 2019: Indonesia lwn Malaysia
(WCQ/ACQ)10 September 2019: Malaysia lwn UAE
(WCQ/ACQ)#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/7zO2KEhywx— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 20, 2019
Baru-baru ni, pasukan Harimau Malaya dimasukkan di dalam artikel kat laman web rasmi FIFA. Korang boleh baca kat bawah ni.
Malayan Tigers regain their bite 🐯
In-form @FAM_Malaysia have made recent strides on the #FIFARanking and are well placed for more success in upcoming #WorldCup matches 🇲🇾
👉 https://t.co/ChZNooAxn4 pic.twitter.com/C8k8Qegrsu
— FIFA.com (@FIFAcom) August 22, 2019
KATALAKI: Ini la masanya untuk kita penuhkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bagi sokongan penuh kat Harimau Malaya. Sila racun kawan-kawan korang.