Permainan Video Breaking Bad Coming Soon!

Game, Tech

Sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan sebuah movie berdasarkan siri TV terkenal Breaking Bad bakal dikeluarkan dan baru-baru ini juga terdapat berita yang menyatakan sebuah permainan video Breaking Bad jugak bakal dihasilkan.

Permainan video yang dinamakan Breaking Bad: Criminal Elements akan dihasilkan oleh Plamee dan akan dikeluarkan oleh FTX Games. FTX Games sememangnya terkenal dengan permainan video yang diinspirasikan daripada TV siri. Contohnya seperti Narcos, Criminal Minds dan juga The Walking Dead.

Sama seperti permainan video yang pernah dorang keluarkan sebelum ini, Breaking Bad: Criminal Elements adalah sebuah permainan video mobile yang akan dikeluarkan untuk Android dan jugak IOS.

Pengarah siri tv Breaking Bad, Vince Gilligan berkata yang team FTX Games sangat mengambil berat tentang detail yang masukkan ke dalam permainan Breaking Bad: Criminal Elements ini.

Dia jugak berkata yang dia sangat berpuas hati dengan komitment yang diberikan oleh FTX Games bagi memastikan permainan video ini memberikan pengalaman yang berbeza dan unik kepada peminat siri TV Breaking Bad.

Selain daripada watak Walt dan Jesse, beberapa watak lain jugak akan turut dimasukan kedalam permainan video ini seperti Gus Fring, Saul Goodman dan Mike Ehrmantraut. Pemain dapat berinteraksi dengan watak-watak yang familiar untuk memastikan business cartel dadah korang berkembang dengan jayanya!

Breaking Bad: Criminal Elements merupakan permainan video mobile yang berbentuk strategic game. Ianya jugak merupakan FreeToPlay so bolehlah korang download bila dia keluar nanti. Permainan video ini dikatakan akan dikeluarkan pada tahun ini jugak. 

KATALAKI: Still menunggu update tentang movie Breaking Bad!

Last modified: 18 January 2019